Soalan Percubaan Matematik SPM 2021 (Kelantan), Kertas 2 – Soalan 9 & 10


Soalan 9 (4 markah):
Encik Khairil mempunyai polisi insurans perubatan dengan Quddus Insurans dengan peruntukan deduktibel sebanyak RM 800 dan fasal penyertaan peratusan ko – insurans 80/20 dalam polisinya. Hitung bayaran kos yang ditanggung oleh Quddus Insurans dan Encik Khairil sendiri jika kos perubatan yang dilindungi polisinya berjumlah RM 22 500.

Penyelesaian:
Kos perubatan selepas deduktibel
= RM22 500 – RM800
= RM21 700

Bayaran kos yang ditanggung oleh Quddus Insurans = 80 100 ×RM21 700 =RM17 360 Bayaran kos yang ditanggung oleh Encik Khairil = 20 100 ×RM21 700+RM800 Deduktibel =RM5 140


Soalan 10 (4 markah):
Rajah 4 menunjukkan dua segitiga bersudut tegak, ACE dan DBE. BCE ialah garis lurus dan AE = DE = 8 cm. Hitung nilai x.

Rajah 4

Penyelesaian:

sinA= CE AE sin 45 o = CE 8 CE=sin 45 o ×8  = 1 2 ×8  =5.657 cm kosE= BE DE kos 30 o = BC+CE 8 8×kos 30 o =x+5.657 x=8×kos 30 o 5.657 x=1.27 cm

Leave a Comment