Soalan Percubaan Matematik SPM 2021 (Kelantan), Kertas 2 – Soalan 7 & 8


Soalan 7 (4 markah):
Jadual 1 di bawah menunjukkan pelan kewangan yang disediakan oleh Cikgu Muji untuk menguruskan wangnya dengan berkesan.

Pendapatan dan PerbelanjaanRM
Pendapatan bersih
Gaji Guru
Gaji Guru Tuisyen
Sewa diterima
Dividen saham
0
5 500
2 000
1 550
600
Bajet perbelanjaan
Ansuran rumah
Ansuran kereta
Pemberian pada ibu bapa
Barangan dapur
Utiliti rumah
Petrol
0
1 200
750
600
500
300
250
Jadual 1

Hitung:
(i) Pendapatan aktif
(ii) Pendapatan pasif 
(iii) Perbelanjaan tetap 
(iv) Perbelanjaan tidak tetap 



Penyelesaian:
(i) Pendapatan aktif = Gaji + Gaji tuisyen
  = RM5 500 + RM2 000
  = RM7 500

(ii) Pendapatan pasif = Sewa + Diveden saham
= RM1 550 + RM600
= RM2 150

(iii) Perbelanjaan tetap = Ansuran rumah + Ansuran kereta
= RM1 200 + RM750
= RM1 950

(iv) Perbelanjaan tidak tetap = Pemberian pada ibu bapa + Barangan dapur + Utiliti rumah + Petrol
  = RM600 + RM500 + RM300 + RM250
  = RM1 650




Leave a Comment