2.1.1 Asas Nombor (Bahagian 1)

2.1.1   Asas Nombor (Bahagian 1)

(A) Nombor dalam Asas Dua, Asas Lapan dan Asas Lima
1.   Nombor-nombor yang kita gunakan setiap hari adalah dalam asas sepuluh. Sepuluh digit yang digunakan dalam asas sepuluh ialah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.

2.  Nombor dalam asas dua dinyatakan dengan menggunakan hanya dua digit sahaja iaitu 0 dan 1. Misalnya: 1011012.

3.  Nombor dalam asas lapan dinyatakan dengan menggunakan hanya lapan digit sahaja iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. Misalnya: 6758.

4.  Nombor dalam asas lima dinyatakan dengan menggunakan hanya lima digit sahaja iaitu 0, 1, 2, 3 dan 4. Misalnya: 1345.

(B) Nilai Sesuatu Digit bagi suatu Nombor dalam Asas 2, 8 dan 5
1.   Jadual yang di bawah menunjukkan nilai tempat bagi setiap digit dalam suatu nombor.
(a)  Dalam asas 2
Nilai tempat
26 = 64
25 = 32
24 = 16
23 = 8
22 = 4
21 = 2
20 = 1
(b)  Dalam asas 8
Nilai tempat
84 = 4096
83 = 512
82 = 64
81 = 8
80 = 1
(c)  Dalam asas 5
Nilai tempat
54 = 625
53 = 125
52 = 25
51 = 5
50 = 1

2.
 Nilai suatu digit = Digit itu × Nilai tempat digit itu
Contoh 1:
Nyatakan nilai bagi digit yang bergaris dalam setiap nombor yang berikut.
(a)  10111012 (b) 36518 (c) 32415

Penyelesaian:
(a)
Nilai tempat
26 = 64
25 = 32
24 = 16
23 = 8
22 = 4
21 = 2
20 = 1
Nombor
1
0
1
1
1
0
1
Nilai bagi digit 1 yang bergaris
= 1 × 26
= 1 × 64
= 64


(b)
Nilai tempat
83 = 512
82 = 64
81 = 8
80 = 1
Nombor
3
6
5
1
 Nilai bagi digit 6 yang bergaris
= 6 × 82
= 6 × 64
= 384


(c)
Nilai tempat
53 = 125
52 = 25
51 = 5
50 = 1
Nombor
3
2
4
1
Nilai bagi digit 3 yang bergaris
= 3 × 53
= 3 × 125
= 375

(C) Tulis suatu nombor dalam asas dua, asas lapan dan asas lima dalam bentuk pendaraban
1. Suatu nombor ditulis dalam bentuk pendaraban merujukkan kepada hasil tambah nilai bagi digit-digit yang membentuk nombor itu.

Contoh 2:
Tulis setiap yang berikut dalam bentuk pendaraban.
(a)  1110112 (b) 4758   (c) 24135

Penyelesaian:
(a)
Nilai empat
25 = 32
24 = 16
23 = 8
22 = 4
21 = 2
20 = 1
Nombor
1
1
1
0
1
1
 1110112 = 1 × 25 + 1 × 24 + 1 × 23 + 0 × 22 + 1 × 21 + 1 × 20
 
(b) 
Nilai tempat
82 = 64
81 = 8
80 = 1
Nombor
4
7
5
 475= 4 × 82 + 7 × 81 + 5 × 80

(c)
Nilai tempat
53 = 125
52 = 25
51 = 5
50 = 1
Nombor
2
4
1
3
24135 = 2 × 53 + 4 × 52 + 1 × 51 + 3 × 50

3 thoughts on “2.1.1 Asas Nombor (Bahagian 1)”

Leave a Comment