Soalan Percubaan Matematik SPM 2021 (Selangor), Kertas 2 – (Soalan 5 & 6)


Soalan 5:
Rajah 3 menunjukkan rantau berlorek yang memuaskan tiga ketaksamaan.
Nyatakan semua ketaksamaan itu.

[3 markah]


Penyelesaian:

Rantau berlorek pada kawasan atas garis padu, y= 3 2  ialah y 3 2 . Pada pintasan-y, c=6. Pintasan-x=6 kecerunan, m= 6 6 =1 y=mx+c y=x+6 Rantau berlorek pada kawasan bawah garis padu ialah yx+6. Pada asalan, pintasan-y c=0, kecerunan, m= 1.50 0.50 =3 y=mx+c y=3x+0 y=3x Rantau berlorek pada kawasan bawah garis sempang ialah y<3x.


Soalan 6:
Encik Chew Eng merupakan seorang mekanik. Gaji pokok bulanannya ialah RMI 400 . Dia menerima elaun lebih masa bulanan sebanyak RM450 sebulan. Dia tinggal di sebuah rumah teres dengan kadar sewa RM550 sebulan. Bil utiliti, ansuran bulanan kereta dan kos petrolnya masing-masing adalah RM350, RM390 dan RM180. Setiap bulan, dia membelanjakan RM750 untuk makanannya.
Hitung dan nyatakan bentuk aliran tunai Encik Chew Eng. Seterusnya, beri satu cadangan bagaimana dia mampu memperbaiki aliran tunainya.
[4 markah]


Penyelesaian:
Pendapatan = RM1 400 + RM450 = RM1 850
Perbelanjaan = RM550 + RM350 + RM390 + RM180 + RM750 = RM2 220

Aliran tunai = Pendapatan – Perbelanjaan
= RM1 850 – RM 2 220
= –RM370 (aliran tunai negatif) 

Encik Chew Eng mempunyai bentuk aliran tunai negatif sebab perbelanjaan > pendapatan.

Cadangan kepada Encik Chew Eng:
– Mengurangkan perbelanjaan makanan dengan masak sendiri.
– Mengurangkan perbelanjaan minyak dengan menaiki kenderaan awam.
– Mengurangkan penggunaan bil utiliti dengan menjimatkan penggunaan elektrik dan air.
(mana-mana satu)

Leave a Comment