Soalan Percubaan Matematik SPM 2021 (Selangor), Kertas 2 – (Soalan 17)


Soalan 17 (15 markah):
Hanis baru sahaja dinaikkan pangkat sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru dengan gaji bulanan sebanyak RM12 000. Beliau ingin membeli scbuah kereta baharu model Proton X701.8L Premium yang berharga RM124 000 secara pinjaman bank.

(a) Beliau membuat perbandingan dan mendapati dua buah bank yang menawarkan pakej pinjaman terbaik adalah seperti berikut:

Aspek pinjamanBank SejahteraBank Tenang
Jumlah pinjaman100%90%
Kadar faedah3.1%2.5%
Tempoh bayaran9 tahun7 tahun
Jumlah bayaran balikRM 158 596
Jadual 4.1

Dalam Jadual 4.1, jumlah bayaran balik pinjaman Bank Tenang tidak dinyatakan. 
(i) Hitung jumlah bayaran balik bagi pinjaman dengan Bank Tenang. 
(ii) Hitung ansuran bulanan bagi kedua-dua bank tersebut.
[6 markah]


Penyelesaian:
(a)(i)

Bank Tenang: _ Jumlah pinjaman= 90 100 ×124500=RM 111600 Faedah yang dikenakan untuk tempoh 7 tahun =RM 111600× 2.5 100 ×7 =RM 19530  Jumlah bayaran balik =RM 111600+RM 19530 =RM 131130


(a)(ii)

Bank Sejahtera: _ Tempoh bayaran=9×12=108 bulan Ansuran bulanan= RM 158596 108 =RM 1468.48 Bank Tenang: _ Tempoh bayaran=7×12=84 bulan Ansuran bulanan= RM 131130 84 =RM 1561.07


(b):
Setelah hampir genap setahun sejak Hanis membeli kereta baharu, beliau perlu memperbaharui cukai jalannya. Kapasiti enjin keretanya ialah 1799 cc. Jadual 4.2 menunjukkan kadar cukai jalan kereta persendirian di Semenanjung Malaysia.

Kapasiti enjinKadar cukai jalan 
Kadar asasKadar progresif
1 401 cc – 1 600 ccRM90.00
1 601 cc – 1 800 ccRM200.00+ RM0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc
1 801 cc – 2 000 ccRM280.00+ RM0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc
2 001 cc – 2 500 ccRM380.00+ RM1.00 setiap cc melebihi 2 000 cc
Jadual 4.2

(i) Siapakah yang mengutip cukai jalan bagi pihak kerajaan Malaysia?

(ii) Berapakah kadar asas cukai jalan, dalam RM, bagi kereta Hanis?

(iii) Seterusnya, hitung jumlah cukai jalan yang perlu dibayar oleh Hanis. 
[4 markah]


Penyelesaian:
(b)(i)
Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ yang mengutip cukai jalan bagi pihak kerajaan Malaysia.

(b)(ii)
Kapasiti enjin kereta Hanis ialah 1799 cc, maka kadar asas cukai jalan ialah RM200.00.

(b)(iii)
Jumlah cukai jalan yang perlu dibayar oleh Hanis
= kadar asas cukai jalan + kadar progresif setiap cc melebihi 1 600 cc
= RM200 + (1799 – 1600) × RM0.40
= RM279.60

Leave a Comment