Soalan Percubaan Matematik SPM 2021 (Kelantan), Kertas 2 – Soalan 1 & 2


                                                         Bahagian A
                                                          40 markah
                                                 Jawap semua soalan

Soalan 1 (4 markah)
:

Rajah 1 menunjukkan suatu satah Cartesan.
Rajah 1
Tulis empat ketaksamaan yang mentakrifkan rantau yang berlorek.

Jawapan:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)

Penyelesaian:

(i)

Bagi y = 8
Ketaksamaan bagi rantau di bawah graf garis sempang ialah y < 8.


(ii)
Bagi x = -12
Ketaksamaan bagi rantau di sebelah kanan graf garis sempang ialah x > -12.

(iii)
Bagi y = 0
Ketaksamaan bagi rantau di atas paksi x ialah y ≥ 0.

(iv)
y=mx+c c=8 m= 8 8 =1 y=x+8

Ketaksamaan bagi rantau di atas graf garis padu ialah yx + 8.

Soalan 2 (4 markah):
Diberi luas segi tiga, A, berubah secara langsung dengan pemalar, k, dengan tinggi, x cm dan tapak, y cm. Rajoo mempunyai sekeping kadbod berbentuk segi tiga dengan x dan y masing-masing  80 cm dan 48 cm. Hitung nilai k jika luas kadbod itu ialah 15 360 cm². Seterusnya, hitung nilai A jika Rajoo mempunyai sekeping lagi kadbod dengan jumlah  x dan y ialah 180 cm di mana nisbah x kepada y ialah 5 : 4.

Penyelesaian:
α xy
A = kxy

A = 15 360, x = 80, y = 48
15 360 = k × 80 × 48
15 360 = 3 840 k 
k = 4

x + y = 180
x : y = 5 : 4

x= 5 9 ×180   =100 y= 4 9 ×180   =80 A= 4×100×80  = 32 000

Leave a Comment