7.4.1 Kebarangkalian II, SPM Praktis (Kertas 1)


7.4.1 Kebarangkalian II, SPM Praktis (Kertas 1)

Soalan 1:
Sebuah beg mengandungi 36 biji guli yang berwarna hitam dan putih. Diberi bahawa kebarangkalian sebiji guli hitam dipilih daripada beg ialah 5 9 .
Hitung bilangan guli putih perlu diambil keluar daripada beg supaya kebarangkalian sebiji guli hitam dipilih ialah 5 8 .

Penyelesaian
:
Bilangan guli hitam dalam beg
= 5 9 × 36 = 20

Katakan y ialah bilangan guli yang tinggal dalam beg.
y × 5 8 = 20 y = 20 × 8 5 = 32

Bilangan guli putih yang perlu diambil keluar daripada beg
= 36 – 32
= 4


Soalan 2:
Jadual di bawah menunjukkan bilangan bola berwarna di dalam tiga beg.

Hijau
Perang
Ungu
Beg A
3
1
6
Beg B
5
3
4
Beg C
4
6
2
Jika sebuah beg dipilih secara rawak dan kemudian sebiji bola dipilih secara rawak daripada beg itu, apakah kebarangkalian sebiji bola ungu dipilih?

Penyelesaian
:
Kebarangkalian memilih sebuah beg = ⅓
Kebarangkalian memilih sebiji bola ungu daripada beg A = 6 10 = 3 5
Kebarangkalian memilih sebiji bola ungu daripada beg B = 4 12 = 1 3
Kebarangkalian memilih sebiji bola ungu daripada beg C = 2 12 = 1 6

P ( bola ungu ) = ( 1 3 × 3 5 ) + ( 1 3 × 1 3 ) + ( 1 3 × 1 6 ) = 1 5 + 1 9 + 1 18 = 11 30


Soalan 3:
Sebuah kotak mengandungi 48 guli yang terdiri daripada guli merah dan guli hijau. Sebiji guli dipilih secara rawak dari kotak itu. Kebarangkalian sebiji guli merah dipilih ialah 1 6 .
Berapakah bilangan guli merah yang perlu ditambah ke dalam kotak itu supaya kebarangkalian sebiji guli merah dipilih ialah 1 2 .  

Penyelesaian:
Bilangan guli merah dalam kotak itu = 1 6 ×48 =8 Katakan y ialah bilangan guli merah yang perlu ditambah ke dalam kotak itu. P( guli merah )= 1 2 8+y 48+y = 1 2 16+2y=48+y 2yy=4816 y=32 Bilangan guli merah yang perlu ditambah =32


Soalan 4:
Sebuah kotak mengandungi 5 keping kad merah, 3 keping kad kuning dan beberapa keping kad hijau. Sekeping kad dipilih secara rawak daripada kotak itu. Diberi kebarangkalian memilih kad kuning ialah 1 6 , cari kebarangkalian memilih sekeping kad yang bukan warna hijau.

Penyelesaian:
P( kad kuning )= n( kad kuning ) n( S )                       1 6 = 3 n( S )                 n( S )=3×6                         =18 n( bukan kad hijau )=5+3=8 P( bukan kad hijau )= 8 18                               = 4 9

Leave a Comment