Praktis Kendiri 7.1c (Soalan 1 & 2) – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab 7


Soalan 1:




Graf jarak-masa di sebelah menunjukkan masa yang diambil oleh dua orang peserta terbaik dalam acara 100 m semasa kejohanan olahraga di SMK Sinar Harapan. Graf OE mewakili larian Rizal dan graf OABC mewakili larian Jeffery. AB ialah masa yang diambil oleh Jeffrey sebelum meneruskan lariannya kerana terjatuh.

(a) Hitung kerugian masa dalam saat, yang dialami oleh Jeffery dalam pertandingan.

(b) Adakah Jeffrey berpeluang untuk menjadi johan dalam acara 100 m jika dia tidak jatuh dan mengekalkan kelajuannya sepanjang larian?
Berikan justifikasi anda.


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} \text { Kerugian masa bagi Jeffrey } & =(9-6) \mathrm{s} \\ & =3 \mathrm{~s} \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} \text { Laju } & =\frac{\text { Jarak }}{\text { Masa }} \\ \text { Laju (Jeffery) } & =\frac{(50-0) \mathrm{m}}{(6-0) \mathrm{s}} \\ & =8 \frac{1}{3} \mathrm{~m} \mathrm{~s}^{-1} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} \text { Jumlah masa diambil } & =\frac{100 \mathrm{~m}}{8 \frac{1}{3} \mathrm{~m} \mathrm{~s}^{-1}} \\ & =12 \mathrm{~s}(<14 \mathrm{~s}, \text { masa Rizal }) \end{aligned} $$
Ya, Jeffrey berpeluang untuk menjadi johan dalam acara 100 m jika dia tidak jatuh kerana dia akan menamatkan lariannya dalam 12 saat.


Soalan 2:



Graf jarak-masa yang tidak lengkap di sebelah mewakili perjalanan Encik Jumali sejauh 100 km.

(a) Diberi kadar perubahan jarak terhadap masa untuk 60 km yang pertama ialah 72 km j–1. Tentukan nilai t1.

(b) Jika kereta Encik Jumali berada dalam keadaan pegun selama 20 minit, hitung nilai t2.

(c) Perjalanan diteruskan dari B ke destinasi dengan laju purata 75 km j–1. Lengkapkan graf jarak-masa untuk keseluruhan perjalanan Encik Jumali.

(d) Jika perjalanan dari O dimulakan pada pukul 9:30 pagi, hitung waktu Encik Jumali sampai di destinasinya.


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} \text { Masa } & =\frac{\text { Jarak }}{\text { Laju }} \\ t_1 & =\frac{60 \mathrm{~km}}{72 \mathrm{~km} \mathrm{j}^{-1}} \\ & =\frac{5}{6} \mathrm{j} \times 60 \\ & =50 \text { minit } \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} t_2 & =(50+20) \text { minit } \\ & =70 \text { minit } \end{aligned} $$


(c)



$$ \begin{aligned} &\text { Jarak dari B ke destinasi }\\ &\begin{aligned} & =(100-60) \mathrm{km} \\ & =40 \mathrm{~km} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Masa dari B ke destinasi }\\ &\begin{aligned} & =\frac{40 \mathrm{~km}}{75 \mathrm{~km} j^{-1}} \\ & =\frac{8}{15} j \times 60 \\ & =32 \mathrm{minit} \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & \text { Jumlah masa diambil } \\ & =(70+32) \text { minit } \\ & =102 \text { minit } \end{aligned} $$


(d)



Leave a Comment