Matematik SPM 2018, Kertas 2 (Soalan 16)

Soalan 16 (12 markah):
Rajah 12 pada ruang jawapan menunjukkan kedudukan titik J, titik L dan titik M, yang terletak pada permukaan bumi. O ialah pusat bumi. Longitud M ialah 30o B. K ialah satu titik lain di atas permukaan bumi dengan keadaan KJ ialah diameter selarian latitud sepunya 45o S.

(a)(i)
Tanda dan label titik K pada rajah 12 di ruang jawapan.

(ii)
Seterusnya, nyatakan longitud titik K.

(b)
L terletak di utara M dan jarak terpendek dari M ke L diukur sepanjang permukaan bumi ialah 7500 batu nautika.
Hitung latitud L.

(c)
Hitung jarak, dalam batu nautika, dari K arah timur ke M diukur sepanjang selarian latitud sepunya.

(d)
Sebuah kapal terbang berlepas dari K dan terbang arah timur ke titik M sepanjang selarian latitud sepunya. Purata laju kapal terbang bagi keseluruhan penerbangan itu ialah 750 knot.
Hitung jumlah masa, dalam jam, yang diambil bagi keseluruhan penerbangan itu.

Jawapan:



Penyelesaian:
(a)(i)



(a)(ii)
Longitud titik K = 130oB

(b)

 LOM×60=7500  LOM= 7500 60  LOM= 125 o Latitud bagi L= 125 o 45 o = 80 o U

(c)
KM = (130o – 30o) × 60 × kos 45o
= 4242.64 batu nautika

(d)

Masa= Jarak Laju         = 4242.64 750         =5.66 jam

Leave a Comment