5.3b Menentukan Imej suatu Objek bagi Gabungan Penjelmaan yang Melibatkan (a) Dua Pembesaran, (b) Satu Pembesaran dengan Satu daripada Penjelmaan Isometri
Pembesaran ialah suatu penjelmaan di mana semua titik objek bergerak dari satu titik tetap, mengikut suatu nisbah tertentu.
1. Titik tetap tersebut adalah pusat pembesaran manakala nisbah tertentu dikenali sebagai faktor skala.
2. Bagi pembesaran, objek dan imej adalah serupa.
3. Luas imej = (Faktor skala)2× Luas objek
= k2 × Luas objek
Contoh:
E, P dan T ialah tiga penjelmaan yang ditakrifkan seperti berikut:
E = Pembesaran pada pusat V (0, –1) dengan factor skala 2.
P = Pantulan pada garis lurus y = –1 .
Berdasarkan rajah di atas, tentukan imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan
(a) E2
(b) ET
(c) EP
(b) ET
(c) EP
Penyelesaian:
Trapezium berlorek → (E) trapezium III → (E) trapezium D.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan E2 = EE ialah trapezium D.
(b)
Trapezium berlorek → (T) trapezium II → (E) trapezium A.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan ET ialah trapezium A.
(c)
Trapezium berlorek → (P) trapezium I → (E) trapezium B.
Maka, imej bagi trapezium berlorek di bawah gabungan penjelmaan EP ialah trapezium B.