8.2.3 Julat Antara Kuartil


8.2.3 Julat antara Kuartil
(A) Julat antara Kuartil untuk Data Tak Terkumpul

1.   Kuartil pertama (Q1) ialah suatu nombor dengan keadaan ¼ daripada jumlah data mempunyai nilai yang kurang daripadanya.
2.  Median ialah kuartil kedua (nilai yang berada di tengah-tengah data).
3.  Kuartil ketiga (Q3) ialah suatu nombor dengan keadaan ¾ daripada jumlah data mempunyai nilai yang kurang daripadanya.
4.  Julat antara kuartil adalah beza antara kuartil ketiga dan kuartil pertama.


Contoh 1:
Cari julat antara kuartil bagi setiap set data yang berikut.
(a) 7, 5, 1, 3, 6, 11, 8
(b) 12, 4, 6, 18, 9, 16, 2, 14


Penyelesaian:
(a)
Susun semula data mengikut tertib menaik.



Julat antara kuartil
= kuartil ketiga – Kuartil pertama
= 8 – 3
= 5

(b)

Julat antara kuartil
= kuartil ketiga – Kuartil pertama
= = 14 + 16 2 4 + 6 2  
= 15 – 5
= 10


Leave a Comment