Processing math: 100%

7.1.1 Graf Jarak – Masa


7.1 Kuantiti yang diwakili oleh Kecerunan Graf (Bahagian 1)
Kecerunan graf ialah kadar perubahan kuantiti pada paksi mencancang terhadap perubahan kuantiti lain pada paksi mengufuk.

7.1.1   
Graf Jarak – Masa
1.   Kecerunan graf jarak-masa ialah laju.


Kecerunan=Jarak mencancangJarak mengufuk=y2y1x2x1=Perubahan jarakPerubahan masa=Laju


2.

 
(a)  Dari O ke P: Kecerunan = positif
(b)  Dari P ke Q: Kecerunan = 0 → (Objek berhenti bergerak)
(c)  Dari Q ke R: Kecerunan = negatif → (Objek bergerak dalam arah yang bertentangan dengan arah yang asal).


3.    
Purata laju=Jumlah jarak yang dilaluiJumlah masa yang diambil

Contoh 1:


Rajah di atas menunjukkan graf jarak-masa bagi sebuah kereta yang bergerak. Hitung laju kereta dalam 6 saat yang pertama.

Penyelesaian:
Laju kereta dalam 6 saat yang pertama
= Kecerunan
=12060=2.0ms1

Leave a Comment