3.2 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’

3.2 Pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’
 
Membina pernyataan yang menggunakan pengkuantiti ‘Semua’ dan ‘Sebilangan’
1.   Pengkuantiti adalah perkataan yang menerangkan bilangan objek atau kes tertentu dalam satu pernyataan.

2.  Pengkuantiti ‘semua’, ‘sebarang’ dan ‘setiap’ menerangkan setiap objek atau kes memenuhi syarat tertentu.

3.  Pengkuantiti ‘sebilangan’, ‘beberapa’ dan ‘satu daripada sebahagian’ menerangkan satu atau beberapa objek atau kes memenuhi syarat tertentu.

Contoh:
Dengan menggunakan pengkuantiti ‘semua’ atau ‘sebilangan’, lengkapkan setiap yang berikut supaya membentuk satu pernyataan benar.
(a)  _______  poligon mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama.
(b)  _______  nombor gandaan bagi 9 adalah nombor genap.
(c)  _______  nombor bulat boleh dibahagi tepat dengan 7.
(d)  _______  faktor untuk 4 adalah faktor untuk 20.

Penyelesaian:
(a)  Semua poligon mempunyai bilangan bucu dan sisi yang sama.
(b)  Sebilangan nombor gandaan bagi 9 adalah nombor genap.
(c)  Sebilangan nombor bulat boleh dibahagi tepat dengan 7.
(d)  Semua faktor untuk 4 adalah faktor untuk 20.

Leave a Comment