Latih Ekstensif 3 (Soalan 9 – 11) – Buku Teks Matematik Tingkatan 5 Bab 3 – Insurans


Soalan 9:
Encik Gailang ingin membeli insurans kebakaran untuk rumahnya. Syarikat insurans menetapkan bahawa nilai boleh insurans rumah tersebut ialah RM1.3 juta. Polisi insurans kebakaran yang ingin dibelinya mempunyai peruntukan ko-insurans untuk menginsuranskan 70% daripada nilai boleh insurans hartanya dan deduktibel sebanyak RM3 000.

(a) Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Gailang bagi rumahnya itu.

(b) Rumah Encik Gailang telah mengalami kebakaran dan jumlah kerugiannya adalah sebanyak RM205 000. Hitung jumlah insurans yang telah dibeli oleh Encik Gailang jika dia telah menerima bayaran pampasan sebanyak
(i) RM202 000
(ii) RM120 000


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah insurans yang harus dibeli }\\ &\begin{aligned} & =\frac{70}{100} \times \text { RM } 1300000 \\ & =\text { RM } 910000 \end{aligned} \end{aligned} $$

(b)(i)
$$ \begin{aligned} & \text { Bayaran pampasan + deduktibel } \\ & =\text { RM } 202000+\text { RM } 3000 \\ & =\text { RM } 205000 \text { (jumlah kerugian) } \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Maka, jumlah insurans telah dibeli }\\ &\begin{aligned} & =\text { Iumlah insurans harus dibeli } \\ & =\text { RM } 910000 \end{aligned} \end{aligned} $$


(b)(ii)
$$ \begin{aligned} & \text { Bayaran pampasan + deduktibel } \\ & =\text { RM } 120000+\text { RM } 3000 \\ & =\text { RM } 123000 \text { (kurang daripada kerugiannya) } \end{aligned} $$
$$ \text { Maka, nilai yang diinsuranskan < jumlah insurans yang harus dibeli } $$



$$ \begin{aligned} & \frac{\text { Jumlah insurans dibeli }}{\text { RM } 910000} \times \text { RM } 205000-\text { RM } 3000 \\ & =\text { RM } 120000 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & \frac{\text { Jumlah insurans dibeli }}{\text { RM } 910000} \times \text { RM } 205000 \\ & =\text { RM } 123000 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah insurans dibeli }\\ &\begin{aligned} & =\frac{\text { RM } 123000}{\text { RM } 205000} \times \text { RM } 910000 \\ & =\text { RM } 546000 \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 10:
Rumah Encik Adam diinsuranskan dengan insurans kebakaran yang memperuntukkan ko-insurans untuk menginsuranskan 80% daripada nilai boleh insurans rumahnya. Nilai boleh insurans rumah itu ialah RM250 000.

(a) Hitung jumlah insurans yang harus dibeli oleh Encik Adam.

(b) Encik Adam telah menginsuranskan rumahnya mengikut jumlah di (a). Jika keseluruhan rumahnya hangus terbakar, adakah Encik Adam akan menerima bayaran pampasan sebanyak RM250 000? Berikan justifikasi anda.


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah insurans yang harus dibeli }\\ &\begin{aligned} & =\frac{80}{100} \times \text { RM } 250000 \\ & =\text { RM } 200000 \end{aligned} \end{aligned} $$

(b)
Tidak. Encik Adam akan menerima bayaran pampasan maksimum sebanyak RM200 000, iaitu nilai muka insurans yang dibelinya.


Soalan 11:
Kos perubatan Sofia yang dilindungi polisi insuransnya berjumlah RM10 800. Dia ingin menuntut pampasan daripada polisi insurans perubatan utamanya yang mempunyai peruntukan deduktibel sebanyak RM300 dan penyertaan peratusan ko-insurans 80/20.
Hitung bayaran yang perlu ditanggung oleh Sofia dan bayaran pampasan yang diterimanya.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Kos perubatan selepas deduktibel }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM } 10800-\text { RM } 300 \\ & =\text { RM } 10500 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Bayaran yang perlu ditanggung oleh Sofia }\\ &\begin{aligned} & =\left(\frac{20}{100} \times \text { RM } 10500\right)+\text { RM } 300 \\ & =\text { RM } 2400 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Bayaran pampasan diterima oleh Sofia }\\ &\begin{aligned} & =\frac{80}{100} \times \text { RM } 10500 \\ & =\text { RM } 8400 \end{aligned} \end{aligned} $$

Leave a Comment