6.3.2 Kecerunan dan Luas di Bawah Graf, SPM Praktis (Kertas 2)


6.3.2 Kecerunan dan Luas di Bawah Graf, SPM Praktis (Kertas 2)

Soalan 4:

Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan satu zarah dalam tempoh 10 saat.
Dari graf, cari
(a) jumlah jarak yang dilalui oleh zarah itu bagi keseluruhan perjalanan.
(b) laju purata bagi keseluruhan perjalanan.



Penyelesaian:
(a)
Jumlah jarak yang dilalui
= Luas di bawah graf laju-masa
= Luas segitiga
= ½ × 15 × 10
= 75 m

(b)
Laju purata bagi keseluruhan perjalanan
= Jumlah  Jarak  yang  dilalui Jumlah  masa  yang  diambil = 75 10 = 7.5   m s 1


Soalan 5:

Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan satu zarah dalam tempoh 12 saat.
Cari
(a) tempoh masa, dalam s, zarah itu bergerak dengan laju seragam.
(b) jarak yang dilalui apabila zarah itu bergerak dengan laju seragam.
(c) Jarak yang dilalui oleh zarah itu apabila kadar perubahan laju adalah negatif.



Penyelesaian:
(a)
Tempoh masa zarah itu bergerak dengan laju seragam
= 10 – 6
= 4 s


(b)
Jarak yang dilalui apabila zarah itu bergerak dengan laju seragam
= Luas di bawah graf laju-masa
= Luas segiempat tepat
= 4 × 10
= 40 m



(c)
Jarak yang dilalui oleh zarah itu apabila kadar perubahan laju adalah negatif
= Luas di bawah graf laju-masa dalam tempoh 6 s yang pertama
= Luas trapezium
= ½ (10 + 25)(6)
= 105 m


Soalan 6:
Rajah di bawah menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu objek dalam tempoh 40 saat.
(a) Nyatakan tempoh masa, dalam s, objek itu bergerak dengan laju seragam.
(b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, objek itu dalam tempoh 12 saat yang terakhir.
(c) Hitung nilai v, jika jumlah objek yang dilalui dalam tempoh 40 saat ialah 500 m.

Penyelesaian:
(a) Tempoh masa objek bergerak dengan laju seragam = 28s – 10s = 18s

(b) Kadar perubahan laju = 15 12 ms 2 =1.25  ms 2 (c) Luas trapizium I + Luas trapizium II=500 1 2 ( v+15 )10+ 1 2 ( 18+30 )15=500    5v+75+360=500 5v=65   v=13

Leave a Comment