1.1.2 Asas Nombor (Bahagian 2)


1.1.2   Asas Nombor (Bahagian 2)
 
(D) Menukar nombor dalam asas dua, asas lapan dan asas lima kepada nombor
dalam asas sepuluh dan sebaliknya.
1.   Langkah-langkah untuk menukar nombor dalam asas 2, 8 dan 5 kepada nombor dalam  
asas 10 adalah seperti berikut:
(a)  Tulis nombor itu dalam bentuk pendaraban.
(b)  Permudahkan bentuk pendaraban kepada satu nombor tunggal.
 
  
Contoh 1:
Tukarkan setiap nombor yang berikut kepada nombor dalam asas 10.
(a)  101012 (b) 14238 (c) 3245

Penyelesaian:
(a)  101012= 1 × 24 + 0 × 23 + 1 × 22 + 0 × 2+ 1 × 20 = 2110
 
(b)  14238 = 1 × 83 + 4 × 82 + 2 × 81 + 3 × 80= 78710
 
(c)  3245 = 3 × 52 + 2 × 51 + 4 × 50 = 8910

Gunakan Kalkulator
1. Menetapkan kalkulator kepada mod ‘ASAS’ dengan menekan:
[MODE]   [MODE]   [3 (BASE)]
2. Menetapkan kalkulator kepada asas nombor yang dikehendaki dengan menekan:
[BIN] → untuk asas 2
[DEC] → untuk asas 10
[OCT] → untuk asas 8
Masukkan yang berikut:
(a)
[BIN] 10101 [=]  [ DEC ]
Paparan skrin ialah: [21]
Oleh itu 101012 = 2110
(b)
[OCT] 1423 [=]  [ DEC ]
Paparan skrin ialah: [787]
Oleh itu 14238 = 78710

2.   Langkah-langkah untuk menukar nombor dalam asas 10 kepada nombor dalam asas 2,
8 dan 5 adalah seperti berikut:
(a)  Membahagikan nombor itu secara berturut-turut sehingga hasil bahaginya adalah
  sifar.
(b)  Tulis nombor dalam asas baru dengan merujuk kepada baki nombor itu dari 
bawah  ke atas.

Contoh 2:
Tukar 6110 kepada satu nombor dalam
(a)  asas dua (b) asas lapan (c) asas lima

Penyelesaian:
(a)


(b)


(c)

Gunakan Kalkulator
1. Menetapkan kalkulator kepada mod ‘ASAS’ dengan menekan:
[MODE]   [MODE]   [3 (BASE)]
2. Menetapkan kalkulator kepada asas nombor yang dikehendaki dengan menekan:
[BIN] → untuk asas 2
[DEC] → untuk asas 10
[OCT] → untuk asas 8
Masukkan yang berikut:
 (a)
[DEC] 61 [=]  [ BIN ]
Paparan skrin ialah: [1111012]
Oleh itu 6110 = 1111012
(b)
[DEC] 61 [=]  [ OCT ]
Paparan skrin ialah: [75]
Oleh itu 6110 = 758

1 thought on “1.1.2 Asas Nombor (Bahagian 2)”

Leave a Comment