7.1.4 Kekerapan Longgokan
Kekerapan longgokan bagi suatu data atau selang kelas dalam jadual kekerapan adalah diperoleh dengan menentukan hasil tambah kekerapannya dengan jumlah kekerapan semua data atau selang kelas sebelumnya.
(A) Ogif
Ogif ialah graf kekerapan longgokan yang diperoleh dengan memplotkan kekerapan longgokan bertentangan dengan sempadan atas setiap kelas.
Contoh:
Data di bawah menunjukkan bilangan buku yang dibaca oleh sekumpulan 60 orang murid dalam setahun.
Buku |
Kekerapan |
6-10 |
3 |
11-15 |
7 |
16-20 |
11 |
21-25 |
16 |
26-30 |
11 |
31-35 |
8 |
36-40 |
4 |
(a) Bina satu jadual kekerapan longgokan bagi data di atas.
(b) Dengan menggunakan skala 2cm kepada 5 buku pada paksi mengufuk dan 2cm kepada 10 orang murid pada paksi mencancang, lukiskan satu ogif bagi data tersebut.
Penyelesaian:
(a)
· Tambah satu kelas dengan kekerapan sifar sebelum kelas pertama.
· Cari sempadan atas bagi setiap selang kelas.
Buku |
Kekerapan |
Kekerapan longgokan |
Sempadan atas |
1-5 |
0 |
0 |
5.5 |
6-10 |
3 |
0 + 3 = 3 |
10.5 |
11-15 |
7 |
3 + 7 = 10 |
15.5 |
16-20 |
11 |
10 + 11 = 21 |
20.5 |
21-25 |
16 |
21 + 16 = 37 |
25.5 |
26-30 |
11 |
37 + 11 = 48 |
30.5 |
31-35 |
8 |
48 + 8 = 56 |
35.5 |
36-40 |
4 |
56 + 4 = 60 |
40.5 |
haaaaaa…nice2