7.3.5 Graf Gerakan, SPM Praktis (Kertas 2)



Soalan 10:
Rajah 10 menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan dua zarah, J dan K, dalam tempoh t s. Graf ABCD menunjukkan pergerakan zarah J dan graf AE menunjukkan pergerakan zarah K. Kedua-dua zarah bermula dari titik yang sama melalui laluan yang sama.


Rajah 10

(a) Nyatakan laju seragam, dalam ms-1, zarah J.
(b) Hitung kadar perubahan laju, dalam ms-2, zarah J dalam 13 s pertama.
(c) Pada t s, beza antara jarak yang dilalui oleh dan K ialah 169 m. Hitung nilai t. 
[6 markah]

Jawapan dan penyelesaian:
(a)
Laju seragam zarah = 26ms-1

(b)
Kadar perubahan laju zarah J dalam 13 s pertama
= 26 0 13 0 = 2 m s 2

(c)
Diberi pada t s, beza antara jarak yang dilalui oleh J dan K ialah 169
(Jarak dilalui oleh zarah J) – (Jarak dilalui oleh zarah K) = 169
[ ½ (t – 13 + t) × 26 ] – [ ½ (26) (t )] = 169
[ 13 (2t – 13) ] – 13t  = 169
( 26t – 169 – 13t ) = 169
13t  = 338
t  = 26

Leave a Comment