4.5.1 Set, SPM Practis (Soalan Panjang)


4.5.1 SPM Practis (Soalan Panjang)
 
Soalan 1:
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set X, set Y dan set Z dengan keadaan set semesta, ξ = X ∪ Y ∪ Z
Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan
( a ) X ' ∩ Y , ( b ) ( X ∪ Y ' ) ∩ Z



Penyelesaian:
(a)  X’ ∩ Y menunjukkan persilangan rantau di luar set X dengan rantau set Y.



(b) 
 
· Cari rantau ( X ∪ Y ' )
· ( X ∪ Y ' ) bermaksud kesatuan rantau X dengan rantau di luar Y.
· Persilangan rantau ini dengan rantau Z untuk membentuk ( X ∪ Y ' ) ∩ Z



Soalan 2:
Gambar rajah Venn di ruang jawapan menunjukkan set P, set Q dan set R dengan keadaan set semesta, ξ = P ∪ Q ∪ R
Pada rajah di ruang jawapan, lorekkan
(a)  Q ∩ R,
(b) ( P ' ∩ R ) ∪ Q .

Penyelesaian:

(a)  Q ∩ R menunjukkan persilangan rantau Q dengan rantau R.


(b)   
· Cari rantau (P’ ∩ R).
· (P’ ∩ R) bermaksud persilangan rantau di luar P dengan rantau R.
· Kesatuan rantau ini dengan rantau Q untuk membentuk ( P ' ∩ R ) ∪ Q .




Leave a Comment