4.3a Persilangan Set

4.3 Operasi ke Atas Set
 
4.3a Persilangan Set
1.   Persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai PQ, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P dan set Q.

2.  Persilangan bagi set P, set Q dan set R, diwakilkan sebagai PQ R, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P, set Q dan set R.

3.   Mewakilkan persilangan set dengan menggunakan gambar rajah Venn seperti berikut.

  (a)   PQ


(b)
Q⊂P, maka P∩Q=Q




(c)   PQ = ϕ

Tidak ada persilangan antara set P dan set Q.

 


(d)  PQ R



Contoh 1:
Diberi  A = {3, 4, 5, 6, 7}, B = {4, 5, 7, 8, 9, 12} dan C = {3, 5, 7, 8, 9, 10}.
(a)  Cari A B C.
(b)  Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk mewakilkan A B C.

Penyelesaian:
(a)  A B C = {5, 7}

(b) 

 


4.   Set pelengkap bagi persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai (PQ)’, ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta, ξ, yang bukan unsur PQ.
5.   Set pelengkap (PQ)’ diwakilkan oleh rantau berlorek yang ditunjukkan dalam
gambar rajah Venn di bawah.

 

Leave a Comment