Praktis Kendiri 3.1b – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab 3 (Penaakulan Logik)

Soalan 1:
Bentuk satu penafian (~p) bagi setiap pernyataan (p) berikut dengan menggunakan perkataan “tidak” atau “bukan”. Kemudian, tentukan nilai kebenaran penafian tersebut.

1. 819 ialah gandaan 9.

2. Lelayang mempunyai dua paksi simetri.

3. Kon mempunyai satu muka melengkung.

4. Dua garis selari mempunyai kecerunan yang sama.

5. Semua persamaan kuadratik mempunyai dua punca yang sama.


Penyelesaian:
Kita menggunakan perkataan “tidak” atau “bukan” untuk menafikan suatu pernyataan. Penafian pernyataan p ditulis sebagai ~p

Nilai kebenaran bertukar daripada benar kepada palsu atau sebaliknya melalui proses penafian.

(1) 819 ialah gandaan 9.

Penafian (~p) : 819 bukan gandaan 9. Check, 9 × 91 = 819
Maka, nilai penafian menjadi palsu.

(2) Lelayang mempunyai dua paksi simetri.


Penafian (~p) : Lelayang tidak mempunyai dua paksi simetri.

Maka, nilai penafian menjadi benar.


(3) Kon mempunyai satu muka melengkung.


Penafian (~p) : Kon tidak mempunyai satu muka melengkung

Maka, nilai penafian menjadi palsu.


(4) Dua garis selari mempunyai kecerunan yang sama


Penafian (~p) : Dua garis selari tidak mempunyai kecerunan yang sama.

Maka, nilai penafian menjadi palsu.


(5) Semua persamaan kuadratik mempunyai dua punca yang sama.


Penafian (~p) : Bukan semua persamaan kuadratik mempunyai dua punca yang sama.

Maka, nilai penafian menjadi benar.

Leave a Comment