Matematik SPM Sebenar 2023, Kertas 2 (Soalan 11)


Soalan 11:
(a) Nyatakan dua ienis matlamat kewangan.[1 markah]

(b) Jadual 7 menunjukkan pelan kewangan bulanan Encik Rasheed.


(i) Berdasarkan Jadual 7, tentukan aliran tunai Encik Rasheed dan nyatakan ienis aliran tunai itu. [3 markah]

(ii) Encik Rasheed mempunyai matlamat kewangan iaitu menyimpan wang yang cukup untuk berkahwin dalam masa satu tahun. Dia perlu menyediakan RM10 850 sebagai wang hantaran dan RM13 000 sebagai perbelanjaan majlis tersebut.

(a) Hitung beza antara simpanan bulanan yang diperlukan oleh Encik Rasheed untuk mencapai matlamat kewangannya dengan aliran tunai di b(i).
[2 markah]

(b) Seterusnya, cadangkan dua perubahan yang Encik Rasheed perlu lakukan pada pelan kewangan bulanannya seperti yang ditunjukkan dalam Iadual 7 untuk mencapai matlamat kewangannya.
[2 markah]

Penyelesaian:
(a) Dua jenis matlamat kewangan adalah matlamat kewangan jangka pendek dan matlamat kewangan jangka masa panjang.

(b)(i)
$$ \begin{aligned} \text { Aliran tunai }= & \text { Jumlah pendapatan }- \text { Jumlah perbelanjaan } \\ = & \text { RM4 } 322+\text { RM500 }-(\text { RM900 }+ \text { RM600 }+ \text { RM200 }) \\ & -(\text { RM180 }+ \text { RM550 }+ \text { RM350 }+ \text { RM200 }) \\ = & \text { RM1 } 842 \text { (Aliran tunai positif }) \end{aligned} $$

(b)(ii)(a)
$$ \begin{aligned} &\text {Wang yang perlu disimpan oleh Encik Rasheed untuk berkahwin dalam masa satu tahun}\\ &\begin{aligned} & =\frac{10850+13000}{12} \\ & =\text { RM1 } 987.50 \text { setiap bulan } \end{aligned} \end{aligned} $$
Beza antara simpanan bulanan dengan aliran tunai di b(i) $$ \begin{aligned} & =\text { RM1 } 987.50-\text { RM1 } 842 \\ & =\text { RM145.50 } \end{aligned} $$

(b)(ii)(b)
Cadangan kepada Encik Rasheed supaya matlamat kewangannya tercapai 
– Mengurangkan perbelanjaan makanan dan minuman.
– Mengurangkan belanja petrol dengan menggunakan pengangkutan awam.


Leave a Comment