Latih Ekstensif 4 (Soalan 7 – 11) – Buku Teks Matematik Tingkatan 5 Bab 4 – Percukaian


Soalan 7:
Azman memiliki sebidang tanah berkeluasan 6.7 m × 22.9 m untuk membina rumah kediaman. Kerajaan negeri menetapkan kadar cukai tanah di kawasan itu pada RM0.40 setiap meter persegi. Hitung jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Azman setiap tahun.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} \text { Keluasan tanah } & =6.7 \mathrm{~m} \times 22.9 \mathrm{~m} \\ & =153.43 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Jumlah cukai tanah yang perlu dibayar oleh Azman }\\ &\begin{aligned} & =\text { kadar cukai tanah setiap unit keluasan } \times \text { jumlah keluasan tanah } \\ & =\text { RM0.40 } \times 153.43 \\ & =\text { RM61.37 setahun } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 8:
Gaji bulanan Jordan ialah RM6 500. Pada tahun 2020, dia telah mendapat bonus sebanyak sebulan gaji dan elaun-elaun berjumlah RM9 600 yang dikecualikan cukai. Dia juga menderma kepada organisasi yang diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM1 000.

Diberi bahawa jumlah pelepasan yang dibenarkan ialah RM10 400. Hitung pendapatan bercukai Jordan.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Iumlah pendapatan tahunan Jordan }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM6 } 500 \times 13 \text { bulan } \\ & =\text { RM } 84500 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} & \text { Pendapatan bercukai Jordan } \\ & =\text { jumlah pendapatan }- \text { pengecualian cukai – pelepasan cukai } \\ & =\text { RM84 } 500-(\text { RM9 } 600+\text { RM1 000 })-\text { RM10 } 400 \\ & =\text { RM } 63500 \end{aligned} $$


Soalan 9:
Encik Osman mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM35 800 pada tahun 2020. Dia telah membayar zakat berjumlah RM700. Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Osman bagi tahun tersebut.


Penyelesaian:
$$ \text { Pendapatan bercukai Encik Osman = RM35 } 800 $$
$$ \begin{aligned} & \text { Merujuk jadual kadar cukai: } \\ & \text { Cukai bagi RM35 } 000 \text { pertama }=\text { RM600 } \\ & \begin{aligned} \text { Cukai atas baki berikutnya } & =(\text { RM35 } 800-\text { RM35 000 }) \times 8 \% \\ & =\text { RM64 } \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \text { Rebat yang layak (zakat) = RM700 } $$
$$ \begin{aligned} &\text { Cukai pendapatan yang perlu dibayar }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM600 }+ \text { RM64 }- \text { RM700 } \\ & =\text { RM0 } \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 10:
Jun Kiat hendak membeli sebuah kereta baharu untuk digunakan di Semenanjung Malaysia. Dia memperuntukkan RM280 untuk membayar cukai jalan bagi kereta baharunya. Berapakah kapasiti enjin yang maksimum bagi kereta baharu Jun Kiat?

Penyelesaian:



Merujuk jadual kadar cukai jalan:

Kapasiti enjin yang maksimum bagi kereta baharu Jun Kiat ialah 1800 cc jika dia memperuntukkan RM280 untuk membayar cukai jalan bagi kereta baharunya,


Soalan 11:
Encik Raju memiliki sebuah pangsapuri servis di Ampang. Sewa pangsapuri itu dianggarkan pada RM1 200 sebulan dan dia membayar RM648 setahun untuk cukai pintu. Hitung kadar cukai pintu bagi pangsapuri servis itu.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} & \text { Jumlah cukai pintu }=\text { kadar cukai pintu } \times \text { nilai tahunan } \\ & \qquad \begin{aligned} \text { RM648 } & =\text { kadar cukai pintu } \times(\text { RM1 } 200 \times 12 \text { bulan }) \\ \text { Kadar cukai pintu } & =\frac{\text { RM } 648}{\text { RM14 } 400} \times 100 \% \\ & =4.5 \% \end{aligned} \end{aligned} $$

Leave a Comment