Praktis Komprehensif 2 (Soalan 11 – 13) – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab 2 (Asas Nombor)


Soalan 11:


Jumlah pelawat yang mengunjungi Zoo Negara pada bulan Januari adalah sebanyak 202025. Berapakah purata bilangan pelawat yang mengunjungi Zoo Negara pada bulan Januari, jika Zoo Negara dibuka setiap hari.
Berikan jawapan dalam asas lima.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} & 20202_5 \\ & =\left(2 \times 5^4\right)+\left(0 \times 5^3\right)+\left(2 \times 5^2\right)+\left(0 \times 5^1\right)+\left(2 \times 5^0\right) \\ & =1250+0+50+0+2 \\ & =1302_{10} \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} &\text { Terdapat } 31 \text { hari dalam bulan Januari, }\\ &1302 \div 31=42_{10} \end{aligned} $$
$$ 42_{10}=132_5 $$

Maka, purata bilangan pelawat yang mengunjungi Zoo Negara setiap hari pada bulan Januari = 1325


Soalan 12:


Azizan membeli sebuah beg yang mengandungi 100 biji bola kecil untuk anaknya. 1/5 daripada bola tersebut berwarna hijau, 1/4 berwarna kuning, 1/10 berwarna merah jambu dan yang bakinya berwarna biru. Berapakah bilangan bola berwarna biru dalam asas lapan?


Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Bilangan bola berwarna biru }\\ &\begin{aligned} & =\left(1-\frac{1}{5}-\frac{1}{4}-\frac{1}{10}\right) \times 100 \\ & =\frac{9}{20} \times 100 \\ & =45_{10} \end{aligned} \end{aligned} $$
Maka, bilangan bola berwarna biru dalam asas lapan = 558


Soalan 13:


Kishendran membeli sehelai kemeja batik dengan potongan diskaun 25%. Harga asal kemeja tersebut ialah RM2204. Berapakah harga kemeja tersebut selepas potongan diskaun dalam asas tujuh?

Penyelesaian:
$$ \text { Harga asal }=220_4 $$
$$ \begin{aligned} 220_4 & =\left(2 \times 4^2\right)+\left(2 \times 4^1\right)+\left(0 \times 4^0\right) \\ & =32+8+0 \\ & =40_{10} \end{aligned} $$

$$ \begin{aligned} \text { Diskaun } & =40 \times \frac{25}{100} \\ & =10_{10} \end{aligned} $$
$$ \text { Harga selepas diskaun }=40-10=30 $$
Maka, harga kemeja selepas potongan diskaun dalam asas tujuh = 427

Leave a Comment