7.1.1 Selang Kelas


7.1.1 Selang Kelas
1.   Data yang terdiri daripada ukuran sesuatu kuantiti boleh dikumpulkan dalam beberapa kelas dan julat setiap kelas itu dinamakan selang kelas.


(A)   Had dan Sempadan Kelas
Had Bawah dan Had Atas
2.  Bagi selang kelas, misalnya 30 – 39, nilai yang terkecil (30) dnamakan had bawah manakala nilai yang terbesar (39) dikenali sebagai had atas.

Sempadan Bawah dan Sempadan Atas
3.  Sempadan bawah bagi suatu kelas ialah nilai tengah di antara had bawah selang kelas itu dengan had atas bagi kelas yang sebelumnya.
4.  Sempadan atas bagi suatu kelas ialah nilai tengah di antara had atas selang kelas itu dengan had bawah bagi kelas yang berikutnya.

Contoh:

20 – 29
30 – 39
40 – 49
Sempadan bawah bagi kelas 3039 = 29+30 2 =29.5 Sempadan atas bagi kelas 3039 = 39+40 2 =39.5



(B) Saiz Selang Kelas
5.  Saiz selang kelas adalah perbezaan antara sempadan atas dan sempadan bawah kelas.

Misalnya:
Saiz selang kelas 30 – 39
= Sempadan atas – Sempadan bawah
= 39.5 – 29.5
= 10

Leave a Comment