4.5 Hujah


4.5 Hujah

(A) Premis dan Kesimpulan
1.   Penghujahanialah process membuat suatu kesimpulan berdasarkan beberapa pernyataan yang diberi.
2.  Pernyataan yang diberi itu dinamakan premis.
3.  Suatu hujahadalah terdiri daripada premis dan kesimpulan.

Contoh 1:
Kenal pasti premis dan kesimpulan dalam hujah yang berikut.
(a)  Satu pentagon mempunyai 5 sisi. ABCDE adalah satu pentagon. Maka, ABCDE mempunyai 5 sisi.

Penyelesaian:
Premis 1: Satu pentagon mempunyai 5 sisi.
Premis 2: ABCDE adalah satu pentagon.
Kesimpulan: ABCDE mempunyai 5 sisi. 


(B) Bentuk Hujah
1.   Berdasarkan dua premis yang diberi, satu kesimpulan boleh dibuat untuk tiga bentuk hujah yang berlainan.
 
Hujah Bentuk I
Premis 1: Semua A adalah B.
Premis 2: C adalah A.
Kesimpulan: C adalah B.
Contoh 2:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Semua gandaan bagi 5 boleh dibahagi tepat dengan 5.
Premis 2: 45 ialah satu gandaan bagi 5.
Kesimpulan:  _______________

Penyelesaian:
Kesimpulan: 45 boleh dibahagi tepat dengan 5.


Hujah Bentuk II
Premis 1: Jika p, maka q.
Premis 2: p adalah benar.
Kesimpulan: q adalah benar.
Contoh 3:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Jika suatu nombor ialah faktor bagi 18, maka nombor itu ialah faktor bagi 54.
Premis 2: 3 ialah faktor bagi 18.
Kesimpulan:  _______________

Penyelesaian:
Kesimpulan: 3 ialah faktor bagi 54.


Hujah Bentuk III
Premis 1: Jika p, maka q.
Premis 2: Bukan q adalah benar.
Kesimpulan: Bukan p adalah benar.
Contoh 4:
Buat satu kesimpulan berdasarkan dua premis yang berikut.
Premis 1: Jika P ialah subset bagi Q, maka PQ = P.
Premis 2: PQP
Kesimpulan:  _______________

Penyelesaian:
Kesimpulan: P bukan subset bagi Q.

1 thought on “4.5 Hujah”

Leave a Comment