3.5.1 Hujah (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Lengkapkan kesimpulan bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Semua poligon sekata mempunyai sisi sama
Premis 2: ABCD ialah satu polygon sekata.
Kesimpulan:
|
Penyelesaian:
Kesimpulan: ABCD mempunyai sisi sama.
Soalan 2:
Lengkapkan kesimpulan bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Jika m > 4, maka 2m > 8.
Premis 2: 2m < 8
Kesimpulan:
|
Penyelesaian:
Kesimpulan: m < 4.
Soalan 3:
Lengkapkan premis bagi hujah yang berikut:
Premis 1:
Premis 2: m × n bukan satu nombor genap.
Kesimpulan: m dan n bukan nombor genap.
|
Penyelesaian:
Premis 1: Jika m dan n ialah nombor genap, maka m × n ialah satu nombor genap.
Soalan 4:
Lengkapkan premis bagi hujah yang berikut:
Premis 1: Jika x = 3, maka x2 = 9.
Premis 2:
Kesimpulan: x ≠ 3
|
Penyelesaian:
Premis 2: x2 ≠ 9.