9.5.4 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung, SPM Praktis (Kertas 2)


Soalan 7:
Rajah bawah menunjukkan 4 keping kad berlabel dengan huruf.


Dua keping kad dipilih secara rawak daripada kotak itu, satu demi satu, tanpa dikembalikan.
(a) Senaraikan ruang sampel.
(b) Carikan kebarangkalian bahawa
(i) sekurung-kurungnya satu kad yang dipilih berlabel C,
(ii) kedua-dua kad yang dipilih berlabel dengan huruf yang sama.



Jawapan dan penyelesaian:
(a)
Ruang sampel, S
= {(C, O1), (C, O2), (C, L), (O1, C), (O1, O2), (O1, L), (O2, C), (O2, O1), (O2, L), (L, C), (L, O1), (L, O2)}
n(S) = 12

(b)(i)
Sekurung-kurungnya satu kad yang dipilih berlabel C
= {(C, O1), (C, O2), (C, L), (O1, C), (O2, C), (L, C)}
Kebarangkalian= 6 12 = 1 2

(b)(ii)
Kedua-dua kad yang dipilih berlabel dengan huruf yang sama
= {(O1, O2), (O2, O1)}
Kebarangkalian= 2 12 = 1 6


Soalan 8:
Rajah 8 menunjukkan tiga kad huruf di dalam beg dan tiga kad nombor di dalam beg B.
 

Rajah  8.1

Satu kad dipilih secara rawak daripada beg A dan kemudian satu kad pula dipilih secara rawak daripada beg B.


(a) Rajah 8.2 di  ruang  jawapan  menunjukkan kesudahan peristiwa yang mungkin, yang tidak lengkap. Lengkapkan kesudahan peristiwa yang mungkin di Rajah 8.2.
(b) Menggunakan senarai lengkap kesudahan di 8 (a), cari kebarangkalian
(i) satu kad berlabel Q dan kad nombor ganjil dipilih,
(ii) satu kad berlabel P atau kad nombor gandaan 3 dipilih.  [ 5 markah ]

Jawapan :
(a)

  Rajah  8.2



Jawapan dan penyelesaian:
(a)



(b)
n (s) = 9

(i)
P (satu kad berlabel Q dan kad nombor ganjil)
= {(Q 5), (Q 9)}
= 2 9

(ii)
P (satu kad berlabel P atau kad nombor gandaan 3)
= {(P 5), (P 6), (P 9), (Q 6), (Q 9), (R 6), (R 9)}
= 7 9

1 thought on “9.5.4 Kebarangkalian Peristiwa Bergabung, SPM Praktis (Kertas 2)”

Leave a Comment