4.2 Matriks Sama


4.2 Matriks Sama

(A) Menentukan sama ada dua matriks adalah sama
1.   Dua matriks yang sama mempunyai peringkat yang sama dan setiap unsur sepadannya adalah juga sama.

Misalnya, ( a b c d ) = ( e f g h )  
Maka, a = e, b = f, c = g dan d = h.

Contoh 1:
Tentukan sama ada setiap pasangan matriks yang berikut adalah sama atau tidak.
(a)  A = ( 10 8 3 1 )  dan  B = ( 10 8 3 1 ) (b)  P = ( 2 4 10 )  dan  Q = ( 2 3 10 ) (c)  M = ( 3 5 )  dan  N = ( 4 7 )

Penyelesaian:
(a)  Sama
(b)  Tidak sama, kerana unsur-unsur sepadan tidak sama. -4 tidak sama dengan -3.
(c)  Tidak sama, kerana peringkat matriks tidak sama. M = peringkat 2 × 1, manakala N = matriks peringkat 1 × 2.


(B) Menyelesaikan masalah yang melibatkan matriks sama
1.   Nilai unsur yang tidak diketahui dalam dua matriks yang sama boleh ditentukan dengan menyamakan unsur-unsur yang sepadan.

Contoh 2:
Cari nilai anu dalam pasangan matriks sama yang berikut.
( 2 x x + 2 y ) = ( 8 10 )

Penyelesaian:
( 2 x x + 2 y ) = ( 8 10 ) 2 x = 8 x = 4 x + 2 y = 10 4 + 2 y = 10 2 y = 14 y = 7

Leave a Comment