6.2 Mod dan Min bagi Data Terkumpul


6.2 Mod dan Min bagi Data Terkumpul
 
(A) Kelas Mod
Kelas mod bagi data terkumpul ialah selang kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi.

(B) Kelas Titik Tengah
Nilai titik tengah kelas = Had bawah + Had atas 2

(C) Menghitungkan Min bagi Data Terkumpul
Langkah-langkah untuk menghitung min bagi data terkumpul adalah seperti berikut:
Langkah 1: Hitung nilai titik tengah bagi setiap kelas.
Langkah 2: Hitung nilai (kekerapan × nilai titik tengah) bagi setiap kelass.
Langkah 3: Hitung jumlah nilai (kekerapan × nilai titik tengah) bagi semua kelas.
Langkah 4: Hitung jumlah kekerapan bagi semua kelas.
Langkah 5: Hitung nilai min dengan rumus berikut.

Min data terkumpul, x ¯ = Jumlah (kekerapan × titik tengah) Jumlah kekerapan = f x f

Dengan keadaan Ʃ ialah tanda mewakili jumlah, 
ialah titik tengah dan k ialah kekerapannya.


Contoh:
Jadual kekerapan yang berikut menunjukkan bilangan majalah yang telah dijual di satu kedai buku bagi tempoh 30 hari pada bulan April 2013.
 
Bilangan majalah
Kekerapan
220 – 229
3
230 – 239
5
240 – 249
11
250 – 259
6
260 – 269
5

Berdasarkan data yang diberi,
(a)  hitung kelas saiz,
(b)  nyatakan kelas mod,
(c)  hitung min bilangan majalah yang dijual.
 
Penyelesaian:
(a)  Kelas saiz
= had atas – had bawah
= 229.5 – 219.5
= 10

(b)  Kelas Mod = 240 – 249 (Kekerapan tertinggi)

(c)   
Bilangan majalah
Kekerapan (k)
Titik tengah kelas (x)
220 – 229
3
224.5
230 – 239
5
234.5
240 – 249
11
244.5
250 – 259
6
254.5
260 – 269
5
264.5

Titik tengah = 220 + 229 2 = 224.5 min, x ¯ = k x k = 3 × 224.5 + 5 × 234.5 + 11 × 244.5 + 6 × 254.5 + 5 × 264.5 30 = 7385 30 = 246.2

4 thoughts on “6.2 Mod dan Min bagi Data Terkumpul”

  1. I would like to know is it Kekerapan mod and mod the same thing and also is it purata and min also the same thing? I am confused

Leave a Comment