4.3.1 Operasi ke atas Pernyataan (Bhg 1)


4.3.1 Operasi ke atas Pernyataan (Bhg 1)

(A) Menafikan suatu pernyataan dengan menggunakan perkataan ‘bukan’ atau ‘tidak’.
1.   Penafian suatu pernyataan ialah satu proses yang menukar kebenaran pernyataan itu, iaitu, menukar pernyataan yang benar kepada palsu dan sebaliknya dengan menggunakan perkataan ‘bukan’ atau ‘tidak’.

Contoh 1:
Tukarkan nilai kebenaran bagi pernyataan yang diberi menggunakan perkataan ‘tidak’ atau ‘bukan’.
(a)  17 ialah satu nombor perdana.
(b)  39 adalah gandaan bagi 9.
 
Penyelesaian:
(a)  17 bukan satu nombor perdana. (Benar kepada palsu)
(b)  39 bukan gandaan bagi bagi 9. (Palsu kepada benar)


2.   Satu pernyataan baru boleh dibentuk dengan menggabungkan dua pernyataan menggunakan perkataan ‘dan’.

Contoh 2:
Kenal pasti dua pernyataan yang telah digabungkan dengan perkataan ‘dan’.
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi dan 5 bucu.
(b)  3= 27 dan 43 = 64

Penyelesaian:
(a)  Semua pentagon mempunyai 5 sisi.
Semua pentagon mempunyai 5 bucu.
(b)  3= 27
4= 64

Contoh 3:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataanyang diberi dengan menggunakan perkataan ‘dan’.
(a)  19 ialah satu nombor perdana.
19 ialah satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10
15 × 5 = 75

Penyelesaian:
(a)  19 ialah satu nombor perdana and satu nombor ganjil.
(b)  15 – 5 = 10 dan 15 × 5 = 75.


3.  Satu pernyataan baru juga boleh dibentuk dengan menggabungkan dua pernyataan menggunakan perkataan ‘atau’.

Contoh 4:
Bentukkan satu pernyataan baru daripada dua pernyataan yang diberi dengan menggunakan perkataan ‘atau’.
(a)  11 ialah satu nombor ganjil.
11 ialah satu nombor perdana.
(b) 3 = 27 3 3 = 4 + 1  

Penyelesaian:
(a)  11 ialah satu nombor ganjil atau satu nombor perdana.
( b) 3 = 27 3 atau 3 = 4 + 1

Leave a Comment