7.2 Kuantiti yang diwakili oleh Luas di Bawah Graf
1. Dalam graf laju-masa,
(a) Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf ialah pecutan atau kadar perubahan laju.
(b) Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf ialah jarak dilalui.
(a) Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf ialah pecutan atau kadar perubahan laju.
(b) Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf ialah jarak dilalui.
Contoh 1:
Hitung jarak bagi setiap graf yang berikut.
(a)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa
Jarak = Luas segitiga
(b)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa
Jarak = Luas segiempat tepat
Jarak = panjang × lebar
= 6 × 4 = 24 m
(c)
Jarak = Luas di bawah graf laju-masa
Jarak = Luas trapezium
(d) Gabungan Graf
Contoh 2:
Rajah di atas menunjukkan graf laju-masa bagi pergerakan suatu objek dalam tempoh 15 saat.
(a) Nyatakan masa, dalam s, objek itu bergerak dengan laju seragam.
(b) Hitungkan kadar perubahan laju, dalam ms-2, dalam tempoh 3 saat yang pertama.
(c) Hitungkan purata laju bagi objek itu dalam tempoh 15 saat.
Penyelesaian:
(a)
Masa objek itu bergerak dengan laju seragam
= 9 – 3 = 6 s
(b)
Kadar perubahan laju dalam tempoh 3 saat yang pertama
= pecutan = kecerunan graf
(c)
Jumlah jarak yang dilalui oleh objek itu dalam tempoh 15 saat
= Luas di bawah graf dalam 15 saat
= Luas P + Luas Q + Luas R
Maka, purata laju bagi objek itu dalam tempoh 15 saat