4.2 Subset, Set Semesta, dan Set Pelengkap
4.2a Subset
1. Set A ialah subset bagi set B jika semua unsur dalam set A terdapat dalam set B.
2. Hubungan ‘set A ialah subset bagi set B’ ditulis sebagai A⊂B.
Contoh:
A = {11, 12, 13} dan B = {10, 11, 12, 13, 14}
Semua unsur set Aterdapat dalam set B.
Oleh itu A⊂B.
3. A⊂B boleh digambarkan dengan menggunakan gambar rajah Venn berikut:
4. Simbol ⊄ diguna untuk menandakan ‘bukan subset kepada’.
5. Set kosong adalah subset bagi semua set.
Misalnya, ϕ⊂A
6. Set itu sendiri adalah subset.
Misalnya, B⊂B
7. Bilangan unsur, n bagi suatu subset adalah 2n.
Misalnya, jika A = {3, 7}
Maka n = 2, bilangan subset bagi set A = 22 = 4
Semua subset bagi set A ialah { }, {3}, {7} and {3, 7}.