6.1.3 Rantau yang Mewakili Ketaksamaan dalam Dua Pemboleh Ubah (Contoh Soalan)


6.1.3 Rantau yang Mewakili Ketaksamaan dalam Dua Pemboleh Ubah  
(Contoh Soalan)
 
Soalan 1:
Pada graf di ruang jawapan, lorekkan rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan 
y ≥ –x + 10, y > x dan y < 9.

Jawapan:



Penyelesaian:
1.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ –x + 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah atas garis y = –x + 10.

2.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y > x adalah rantau yang terletak di sebelah atas garis y = x. Oleh kerana symbol ketaksamaan “>” digunakan, maka semua titik pada garis y = x adalah dikecualikan dalam rantau. Akibatnya, y = x dilukis dengan satu garis putus-putus.

3.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y < 9 adalah rantau yang terletak di sebelah bawah garis y = 9 yang dilukis dengan garis putus-putus.


Soalan 2:
Pada graf di ruang jawapan, lorekkan rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan
y ≥ –2x + 10, y ≤ 10 dan x < 5.

Jawapan:



Penyelesaian:
1.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ ax + c adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah atas garis y = ax + c.
2.   Dalam soalan ini, pintasan-y, c = 10, pintasan-x ialah 5.
3.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≥ –2x + 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah atas garis y = –2x + 10.
4.   Rantau yang mewakili ketaksamaan y ≤ 10 adalah rantau yang terletak pada serta di sebelah bawah garis y = 10.
5.   Rantau yang mewakili ketaksamaan x < 5 terletak pada sebelah kiri garis x = 5 yang dilukis dengan garis putus-putus.




1 thought on “6.1.3 Rantau yang Mewakili Ketaksamaan dalam Dua Pemboleh Ubah (Contoh Soalan)”

  1. Bagus kaedah korg menerangkan ni. Mudah difahami. Baca sekali, dah nampak mana silap saya. Terima kasih

Comments are closed.