3.6 Deduksi dan Aruhan
(A) Penaakulan Secara Deduksi dan Secara Aruhan
1. Deduksi adalah suatu process membuat kesimpulan khusus berdasarkan pernyataan yang umum.
2. Aruhan adalah suatu process membuat kesimpulan umum berdasarkan kes-kes khusus.
Tip Matematik
1. Pernyataan umum → Kesimpulan khusus → Deduksi
2. Kes-kes khusus → Kesimpulan umum → Aruhan
|
Contoh:
Tentukan sama ada sesuatu kesimpulan yang berikut dibuat berasaskan penaakulan secara deduksi atau penaakulan secara aruhan.
(a) Luas segi tiga = ½ × Tapak × Tinggi
(i)
Luas ∆ ABC
= ½ × 7cm × 5cm
= 17.5 cm2
(ii)
Luas ∆ DEF
= ½ × 7cm × 4cm
= 14 cm2
(b)
1 = 7 (1)2 – 6
22 = 7 (2)2 – 6
57 = 7 (3)2 – 6
106 = 7 (4)2 – 6
7n2 – 6, n = 1, 2, 3, 4…
Penyelesaian:
(a) Kesimpulan khusus dibuat berdasarkan pernyataan yang umum. Oleh itu, kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan secara deduksi.
(b) Kesimpulan umum 7n2 – 6, n = 1, 2, 3, 4… dibuat berdasarkan kes-kes khusus. Oleh itu, kesimpulan itu dibuat berasaskan penaakulan secara aruhan.