4.3a Persilangan Set

4.3 Operasi ke Atas Set
 
4.3a Persilangan Set
1.   Persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai P ∩ Q, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P dan set Q.

2.  Persilangan bagi set P, set Q dan set R, diwakilkan sebagai P ∩ Q ∩ R, ialah satu set yang unsur-unsurnya terdiri daripada semua unsur sepunya set P, set Q dan set R.

3.   Mewakilkan persilangan set dengan menggunakan gambar rajah Venn seperti berikut.

  (a)   P ∩ Q


(b)
Q⊂P, maka P∩Q=Q




(c)   P ∩ Q = ϕ

Tidak ada persilangan antara set P dan set Q.

 


(d)  P ∩ Q ∩ R



Contoh 1:
Diberi  A = {3, 4, 5, 6, 7}, B = {4, 5, 7, 8, 9, 12} dan C = {3, 5, 7, 8, 9, 10}.
(a)  Cari A ∩ B ∩ C.
(b)  Lukis sebuah gambar rajah Venn untuk mewakilkan A ∩ B ∩ C.

Penyelesaian:
(a)  A ∩ B ∩ C = {5, 7}

(b) 

 


4.   Set pelengkap bagi persilangan dua set, P dan Q, diwakilkan sebagai (P ∩ Q)’, ialah satu set yang mengandungi semua unsur dalam set semesta, ξ, yang bukan unsur P ∩ Q.
5.   Set pelengkap (P ∩ Q)’ diwakilkan oleh rantau berlorek yang ditunjukkan dalam
gambar rajah Venn di bawah.

 

Leave a Comment