1.1.1 Persamaan Kuadratik
1. Persamaan Kuadratik (misalnya, 2x2 + 5x + 6 = 0) adalah persamaan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Ia mengandungi tatatanda kesamaan, ‘=’
(b) Ia melibatkan hanya satu pembolehubah x.
(c) Kuasa tertinggi bagi x ialah 2.
(a) Ia mengandungi tatatanda kesamaan, ‘=’
(b) Ia melibatkan hanya satu pembolehubah x.
(c) Kuasa tertinggi bagi x ialah 2.
Contoh Persamaan Kuadratik
Berikut adalah contoh-contoh persamaan kuadratik
· 2x2 + 3x + 4 = 0
· t2 = 24
· y (6y − 3) = 5
Contoh Persamaan Bukan Kuadratik
· 2x + 1 = 0, (Sebab: Kuasa tertinggi bagi x ≠ 2.)
· 2x3 + 1 = x, (Sebab: Kuasa tertinggi bagi x ≠ 2.)
Bentuk Am Persamaan Kuadratik
Bentuk am persamaan kuadratik ialah
ax2 + bx + c = 0
dengan a, b, dan c ialah pemalar dan a ≠ 0.
Contoh 1 (Cari nilai bagi a, b dan c):
Tulis semula setiap persamaan kuadratik berikut dalam bentuk am. Cari nilai a, b, dan c.
(a) (3x − 5)2 = 0
(b) (x − 8) (x + 8) = 10
Tulis semula setiap persamaan kuadratik berikut dalam bentuk am. Cari nilai a, b, dan c.
(a) (3x − 5)2 = 0
(b) (x − 8) (x + 8) = 10
Penyelesaian: