Matematik SPM 2025 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 14 & 15)


Soalan 14:
Jadual 6 menunjukkan pelan kewangan keluarga Abu untuk bulan Januari 2024.

(a) Jika simpanan untuk dana kecemasan ialah 15% daripada jumlah pendapatan bulanan mereka, cari nilai y. [2 markah]


(b) Seterusnya, hitung aliran tunai bulanan mereka. [2 markah]

(c) Pada bulan berikutnya, Abu kehilangan pendapatan pasifnya. Oleh itu, dia menetapkan 10% dari pendapatan bulanan mereka sebagai simpanan untuk dana kecemasan yang baharu. 
(i) Hitung jumlah defisit pada bulan tersebut jika dia mengekalkan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain. [3 markah]

(ii) Cadangkan satu perubahan yang Abu boleh lakukan kepada perbelanjaannya untuk mengelak dari defisit itu. [1 markah] 


Penyelesaian:
(a) $$ \begin{aligned} y & =\frac{15}{100} \times(\text { RM6 } 500+\text { RM4 } 550+\text { RM1 } 500) \\ & =\frac{15}{100} \times \text { RM12 } 550 \\ & =\text { RM1 } 882.50 \end{aligned} $$

(b) $$ \begin{aligned} &\text { Aliran tunai bulanan keluarga Abu }\\ &\begin{aligned} = & (\mathrm{RM} 6500+\mathrm{RM} 4550+\mathrm{RM} 1500)-(\mathrm{RM} 5250+\mathrm{RM} 1882.50+ \\ & \mathrm{RM} 1200+\mathrm{RM} 300+\mathrm{RM} 400+\mathrm{RM} 1800+\mathrm{RM} 500+\mathrm{RM} 900) \\ = & \mathrm{RM} 12550-\mathrm{RM} 12232.50 \\ = & \mathrm{RM} 317.50 \end{aligned} \end{aligned} $$


(c)(i) $$ \begin{aligned} &\text { (i) Jumlah defisit }\\ &\begin{aligned} & =(\text { RM6 } 500+\text { RM4 550 })-\left[\text { RM5 } 250+\left(\begin{array}{l} \left(\begin{array}{l} \frac{10}{100} \times \text { RM6 } 500+\text { RM4 } 550 \\ + \text { RM1 } 200+\text { RM300 }+ \text { RM400 } \\ + \text { RM1 } 800+\text { RM500 }+ \text { RM900 } \end{array}\right) \end{array}\right]\right. \\ & =\text { RM11 } 050-\text { (RM5 } 250+\text { RM6 205) } \\ & =\text { RM11 } 050-\text { RM11 } 455 \\ & =- \text { RM405 } \end{aligned} \end{aligned} $$

(c)(ii) Mengurangkan perbelanjaan bagi barangan dapur / utiliti rumah / belanja petrol / pendidikan kanak-kanak / melancong / hiburan. 


Soalan 15:
(a) Rajah 9.1 di ruang jawapan menunjukkan satu teselasi.
Huraikan selengkapnya transformasi yang memetakan bentuk M kepada bentuk N. [2 markah]
Lengkapkan teselasi itu. Anda mesti menunjukkan keseluruhan lapan bentuk berulang. [1 markah] 

Jawapan:
(a)(ii)

(b) Rajah 9.2 menunjukkan bentuk P dan bentuk Q yang dilukis pada satu satah Cartes. 


Diberi bahawa bentuk Q ialah imej bagi bentuk P di bawah satu transformasi tunggal.
Huraikan selengkapnya, transformasi tersebut. [3 markah]


(c) Rajah 9.3 menunjukkan satu reka bentuk bagi sehelai kain rentang. 


Siva ingin menempah beberapa kain rentang. Saiz sebenar kain rentang ialah pembesaran reka bentuk itu dengan faktor skala 50.
(i) Cari luas, dalam m2, bagi satu kain rentang. [2 markah]

(ii) Kos cetakan ialah RM18 per m2. Siva mempunyai RM600.
Adakah Siva mempunyai wang yang cukup untuk menempah 12 kain rentang? Justifikasikan jawapan anda.
[2 markah]


Penyelesaian:
(a)(i) Pantulan pada garis PT.

(a)(ii) 



(b) Pembesaran pada pusat (0,0) dengan faktor skala -2 .

(c)(i)
Luas kain rentang $$ \begin{aligned} & =50^2 \times \frac{5 \mathrm{~cm}}{100} \times \frac{2 \mathrm{~cm}}{100} \\ & =2500 \times 0.05 \mathrm{~m} \times 0.02 \mathrm{~m} \\ & =2.5 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} $$

(c)(ii)
Kos cetakan 12 kain rentang  $$ \begin{aligned} & =2.5 \mathrm{~m}^2 \times 12 \times \frac{\mathrm{RM} 18}{\mathrm{~m}^2} \\ & =\mathrm{RM} 540 \end{aligned} $$
RM540 < RM600. Siva mempunyai wang yang cukup untuk menempah 12 kain rentang.

Leave a Comment