Matematik SPM 2025 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 17)


Soalan 17:
Ali memiliki satu tempat perkhemahan. 
(a) Rajah 11 menunjukkan tempat perkhemahan yang berbentuk segi empat tepat, ABCD yang terdiri daripada kebun durian, APQ dan tapak perkhemahan, PQBCD. P ialah titik tengah AD dan Q ialah titik tengah AB.

Hitung luas, dalam m2, tapak perkhemahan itu. [3 markah]


(b) Ali mendapati bahawa terdapat satu kawasan berpaya berbentuk segi empat tepat di tepi tapak perkhemahan dan dia ingin memagarnya. Paya itu mempunyai panjang (4x + 13) meter dan lebar (3x) meter dan mempunyai luas 36 m2.
Jika kos memasang pagar ialah RM14.50 per meter, hitung jumlah kos pagar itu.
[4 markah]


(c) Sebuah khemah kecil mengambil ruang berbentuk segi empat tepat yang berukuran 5 m panjang dan 4 m lebar.
Sebuah khemah besar mengambil ruang berbentuk segi empat tepat yang berukuran 6 m panjang dan 5 m lebar.
Tapak perkhemahan itu dapat memuatkan x khemah kecil dan y khemah besar. Bilangan khemah besar selebih-lebihnya dua kali bilangan khemah kecil.
Ini dapat ditulis sebagai y ≤ 2 x.


(i) Jumlah kawasan yang diambil oleh semua khemah tidak melebihi 1500 m2 dan ini diwakilkan oleh ketaksamaan linear, ax + by 1500.
Nyatakan nilai a dan nilai b.

(ii) Pada ruang jawapan, lukis dan lorek rantau yang memuaskan sistem ketaksamaan linear x ≥ 0, y ≥ 0, y 2x dan ax + by 1500.

(iii) Seterusnya, tentukan bilangan maksimum khemah kecil jika bilangan khemah besar ialah 20.
[4 markah]




(d) Zuki dan rakan-rakannya ingin mengadakan hari keluarga.
Rajah 12 menunjukkan dua jenis pakej perkhemahan.
Jadual 8 menunjukkan maklumat empat buah keluarga yang menyertai hari keluarga .



Zuki mengandaikan setiap keluarga akan menyewa satu khemah.
Berdasarkan pakej-pakej yang disediakan, pakej manakah yang lebih menjimatkan?
Justifikasikan jawapan anda dengan menyertakan nilai berangka.
[4 markah]


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} &\text { Luas tapak perkhemahan }\\ &\begin{aligned} & =(82 \times 60) \mathrm{m}^2-\left(\frac{1}{2} \times 41 \times 30\right) \mathrm{m}^2 \\ & =4305 \mathrm{~m}^2 \end{aligned} \end{aligned} $$

(b)
$$ \begin{aligned} \text { Luas } & =(4 x+13)(3 x) \\ 36 & =(4 x+13)(3 x) \\ 36 & =12 x^2+39 x \\ 0 & =12 x^2+39 x-36 \\ 0 & =(4 x-3)(x+4) \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &x=\frac{3}{4},-4 \text { (tidak diterima }  \text { ) }\\ &\text { Kos memasang pagar }\\ &\begin{aligned} & =[(4 x+13) \mathrm{m}+(4 x+13) \mathrm{m}+3 x \mathrm{~m}+3 x \mathrm{~m}] \times \text { RM14.50 } \\ & =\left[4\left(\frac{3}{4}\right)+13+4\left(\frac{3}{4}\right)+13+3\left(\frac{3}{4}\right)+3\left(\frac{3}{4}\right)\right] \times \text { RM14.50 } \\ & =\text { RM529.25 } \end{aligned} \end{aligned} $$


(c)(i) 
$$ \begin{aligned} a=\text { luas ruang khemah kecil }  & =5 \times 4 \\ & =20 \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} b=\text { luas ruang khemah besar } & =6 \times 5 \\ & =30 \end{aligned} $$
$$ a=20, b=30 $$

(c)(ii)


Garis lurus 20x + 30y = 1500 dilukis dengan betul. (dapat 1 markah)
Rantau dilorek dengan betul. (dapat 1 markah)

(c)(iii) Bilangan maksimum khemah kecil = 45


(d)
$$ \begin{aligned} &\text { Harga pakej } A \\ &\begin{aligned} & =(10 \times \mathrm{RM} 55)+(8 \times \mathrm{RM} 30) \\ & =\mathrm{RM} 550+\mathrm{RM} 240 \\ & =\mathrm{RM} 790 \end{aligned} \end{aligned} $$
$$ \begin{aligned} &\text { Harga pakej } B \\ &\begin{aligned} & =\text { RM60 + RM40 + RM60 + RM40 + RM150 + RM550 } \\ & =\text { RM900 } \end{aligned} \end{aligned} $$
Pakej A = RM790, Pakej B = RM 900
Pakej A dengan harga RM790 lebih menjimatkan. 

Leave a Comment