Matematik SPM 2025 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 12 & 13)


Soalan 12:
Jadual 5 pada ruang jawapan menunjukkan taburan umur bagi 40 orang pengunjung ke kolam air panas pada satu hari tertentu.
(a) Lengkapkan Jadual 5 di ruang jawapan.
[3 markah]

Jawapan:

Anda mesti menggunakan pensel BB atau 2B untuk menjawab soalan ini.


(b) Untuk ceraian soalan ini, gunakan kertas graf yang disediakan pada halaman 156.
Menggunakan skala 2 cm kepada 5 tahun pada paksi mengufuk dan 2 cm kepada 5 orang pengunjung pada paksi mencancang, lukis satu histogram longgokan bagi data tersebut. [4 markah]

(c)(i) Pada graf di (b), lukis satu ogif. Anda boleh menggunakan pembaris fleksibel. [1 markah]

(ii) Hanya pengunjung yang berada di persentil ke-70 dan ke atas akan diberi baucar minuman.
Cari umur minimum pengunjung yang layak mendapat baucar itu.
[2 markah]


Penyelesaian:
(a)


(b), (c)(i)


(b) Kedua-dua paksi dilukis dalam arah yang betul dengan skala seragam untuk 29.5   x   64.5   dan 0   y   40.

Tujuh palang dilukis dengan betul menggunakan nilai sempadan. 

Histogram longgokan dilukis dengan betul menggunakan skala yang diberi. 


(c)(i) Ogif dilukis betul pada histogram longgokan.

(c)(ii)
$$ \begin{aligned} &\text { 70% daripada jumlah kekerapan }\\ &\begin{aligned} & =\frac{70}{100} \times 40 \\ & =28 \end{aligned} \end{aligned} $$
P70 = 50.5. Umur minimum pengunjung yang layak mendapat baucar minuman ialah 50.5.

Leave a Comment