Matematik SPM 2025 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 11)


Soalan 11:
(a) Rajah 7.1 menunjukkan satu graf yang mempunyai berbilang tepi dan gelung. 


Tentukan 
(i) bilangan bucu, n(V), 
(ii) bilangan tepi, n(E). 
[2 markah]

(b) Jadual 4.1 dan Jadual 4.2 masing-masing menunjukkan senarai kedai dan masa yang diambil dari satu kedai ke kedai yang lain di satu pusat bandar.


(i) Menggunakan maklumat dalam Jadual 4.2, lengkapkan Rajah 7.2 di ruang jawapan dengan melukis graf berpemberat. Seterusnya, nyatakan masa minimum, dalam minit, dari Gadget City ke Burger Queen. [3 markah]


Jawapan:


masa minimum: ___________________

(ii) Pada pukul 3.00 petang, Fatin pergi ke Burger Queen (B) dan menghabiskan masa 20 minit di situ. Kemudian, dia pergi ke Adi Sports (A) melalui Tan Stationery (T) dan berada di situ hingga 4.10 petang.
Berdasarkan Rajah 7.2 , hitung tempoh masa maksimum, dalam minit, Fatin dapat luangkan masa di Adi Sports (A). [3 markah]


Penyelesaian:
(a) n(V) = 3
n(E) = 5

(b)(i) 


Masa minimum : 16 minit


(b)(ii) 

Tempoh masa maksimum Fatin dapat luangkan masa di Adi Sports (A)
= 4:10 p.m. – 3:38 p.m.
= 32 minit 


Leave a Comment