Praktis Kendiri 2.1a (Soalan 1 – 3) – Buku Teks Matematik Tingkatan 4 Bab 2 (Asas Nombor)


Soalan 1:
Tuliskan tiga nombor yang mewakili asas dua hingga asas sembilan.

Penyelesaian:
Setiap asas mempunyai digit 0 hingga digit yang kurang daripada asasnya. Contohnya, asas dua hanya mempunyai digit 0 dan 1.




Soalan 2:
Bulatkan tiga nombor yang bukan mewakili nombor dalam asas enam.


Penyelesaian:
Setiap asas mempunyai digit 0 hingga digit yang kurang daripada asasnya.

Untuk asas enam, nombor yang kurang daripada asasnya adalah daripada kombinasi digit 0, 1, 2, 3, 4 dan 5 sahaja.

Maka, tiga nombor yang bukan mewakili nombor dalam asas enam adalah daripada nombor yang melibatkan digit 6, 7, 8 dan 9.



Soalan 3:


Berdasarkan empat nombor ini, kenal pasti dan senaraikan semua nombor bersesuaian dengan asas berikut.
(a) Asas lima
(b) Asas tujuh
(c) Asas lapan
(d) Asas sembilan

Penyelesaian:
(a)  Asas lima = nombor yang kurang daripada lima
                           = 234
(b) Asas tujuh = nombor yang kurang daripada tujuh
                            = 234,    336
(c)  Asas lapan = nombor yang kurang daripada lapan
                            = 234,      673,      336
(d)  Asas sembilan = nombor yang kurang daripada sembilan
                                   = 234,    673,    336,     281


Leave a Comment