3.4.1 Implikasi (Contoh Soalan)
Soalan 1:
Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:
y3 = –125 jika dan hanya jika y = –5
Penyelesaian:
Implikasi 1: Jika y3 = –125, maka y = –5.
Implikasi 2: Jika y = –5, maka y3 = –125.
Soalan 2:
Tulis dua implikasi berdasarkan pernyataan berikut:
8 adalah faktor bagi 24 jika dan hanya jika 24 boleh dibahagi tepat dengan 8.
Penyelesaian:
Implikasi 1: 8 adalah faktor bagi 24 jika 24 boleh dibahagi tepat dengan 8.
Implikasi 2: 24 boleh dibahagi tepat dengan 8 jika 8 adalah faktor bagi 24.
Soalan 3:
Nyatakan akas bagi pernyataan berikut dan seterusnya nyatakan sama ada akas itu benar
atau palsu.
atau palsu.
(a) Jika 2x > 8, maka x > 4.
(b) Jika x adalah gandaan bagi 6, maka x adalah gandaan bagi 3.
Penyelesaian:
(a) Akas implikasi: Jika x > 4, maka 2x > 8.
Akas adalah benar.
(b) Akas implikasi: Jika x adalah gandaan bagi 3, maka x adalah gandaan bagi.
Akas adalah palsu. (penjelasan: 9 adalah gandaan bagi 3 tetapi 9 bukan gandaan bagi 6).
I love this blog because it easy to find an information 🙂