Matematik SPM Sebenar 2024, Kertas 2 (Soalan 3 & 4)


Soalan 3:
Rajah 2 menunjukkan sebuah piramid dengan tapak segi empat sama PQRT


Diberi bahawa S ialah titik tengah RT dan V terletak 3.5 m tegak di atas titik W.
(a) Namakan sudut dongak V dari S.
[1 markah]

(b) Seterusnya, hitung nilai sudut dongak itu.
[2 markah]


Penyelesaian:
(a)
$$ \angle V S W \text { atau } \angle W S V $$
(b)
$$ \begin{aligned} \tan \theta & =\frac{3.5}{2} \\ \theta & =60^{\circ} 15^{\prime} \end{aligned} $$


Soalan 4:
Rajah 3 menunjukkan maklumat bagi polisi insurans perubatan Suzie.


Diberi kos pembedahan Suzie berjumlah RM38000, cari 
(a) kos pembedahan selepas deduktibel,
[1 markah] 

(b) kos perubatan yang ditanggung oleh Suzie.
[2 markah] 


Penyelesaian:
(a)
Kos pembedahan selepas deduktibel
= RM38000 – RM3000
= RM35000

(b)
$$ \begin{aligned} &\text { Kos perubatan yang ditanggung oleh Suzie }\\ &\begin{aligned} & =\frac{25}{100} \times \text { RM35000+RM3000 } \\ & =\text { RM11750 } \end{aligned} \end{aligned} $$

Leave a Comment