Matematik SPM Sebenar 2024, Kertas 1 (Soalan 1 – 8)


Soalan 1:
$$ \begin{aligned} &11001_2+10111_2=\\ &\text { A } 110000_2\\ &\text { B } 101110_2\\ &\text { C } 101100_2\\ &\text { D } 100000_2 \end{aligned} $$
Penyelesaian:
Jawapan : A
$$ 11001_2+10111_2=110000_2 $$


Soalan 2:
Butik Deemi menjual sebuah dompet dengan harga RM225. Pelanggan akan mendapat diskaun RM15 bagi pembelian itu.
Hitung harga, dalam asas 7, yang perlu dibayar oleh pelanggan bagi sebuah dompet itu.
A   RM4057
B   RM4207
C   RM4417
D   RM4627


Penyelesaian:
Jawapan : B
RM225 – RM15 = RM210




Soalan 3:
$$ \begin{aligned} &\text { Ringkaskan: }\\ &\left(m^4 \times n^{-6}\right)^{\frac{1}{2}} \div\left(m^{-2} n\right)^2 \end{aligned} $$
A   m-2n-2
B  m-2n-1
C  m6n-7
D  m6n-5


Penyelesaian:
Jawapan : D
$$ \begin{aligned} \frac{m^2 \times n^{-3}}{m^{-4} \times n^2} & =m^{2-(-4)} n^{-3-2} \\ & =m^6 n^{-5} \end{aligned} $$


Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan satu jujukan nombor.

 

Hitung nilai bagi x + y.
A   5
B   7
C   9
D   10


Penyelesaian:
Jawapan : A
$$ \frac{3}{2}, \frac{7}{4}, 2, x, \frac{5}{2}, y, \ldots=\frac{6}{4}, \frac{7}{4}, \frac{8}{4}, x, \frac{10}{4}, y, \ldots $$
$$ \begin{gathered} x=\frac{9}{4}, y=\frac{11}{4} \\ \begin{aligned} x+y & =\frac{9}{4}+\frac{11}{4} \\ & =5 \end{aligned} \end{gathered} $$


Soalan 5:
Seorang petani menyimpan air dalam sebuah tangki tertutup berbentuk kubus yang mempunyai isi padu 1728 m3.
Hitung jumlah luas permukaan, dalam m2, tangki tersebut.
A   576
B   720
C   864
D   1152


Penyelesaian:
Jawapan : C
$$ \text { Panjang kubus }=\sqrt[3]{1728} = 12 \mathrm{~m} $$
$$ \text { Luas permukaan }=6 \times(12 \mathrm{~m})^2 = 864 \mathrm{~m}^2 $$


Soalan 6:
Jadual 1 menunjukkan perbelanjaan bulanan Zali yang bekerja sebagai seorang jurutera. Gaji Zali pada bulan Mei ialah RM8 000.



Pada bulan Jun, Zali menerima kenaikan gaji sebanyak 10%. Dia telah meningkatkan simpanan tetap bulanan sebanyak RM200 dan perbelanjaan lain tidak berubah.
Hitung aliran tunainya bagi bulan Jun.
A   RM950
B   RM1150
C   RM1750
D   RM1950


Penyelesaian:
Jawapan : C
$$ \begin{aligned} \text { Gaji Zali pada bulan Jun } & =\left(\frac{10}{100} \times 8000\right)+8000 \\ & =\mathrm{RM} 8800 \end{aligned} $$
Aliran tunai = 8 800 − 1 000 − 1 200 − 400 − 1 000 − 1 500 − 650 − 600 − 700
= RM1 750


Soalan 7:
Fahmi memiliki sebuah rumah. Setiap setengah tahun, dia membayar cukai pintu sebanyak RM184.50 kepada Majlis Bandaraya.
Hitung kadar cukai pintu jika nilai tahunan kediamannya ialah RM7 380.
A   2.5%
B   5.0%
C   6.0%
D   10.0%


Penyelesaian:
Jawapan : B
$$ \begin{aligned} &\begin{aligned} \mathrm{RM} 184.50 \times 2 & =\mathrm{RM} 7380 \times \frac{R}{100} \\ \frac{R}{100} & =0.05 \\ R & =5 \end{aligned}\\ &\text { Kadar cukai pintu, } R=5 \% \end{aligned} $$


Soalan 8:
Ben membeli polisi insurans motor pihak ketiga.
Antara situasi berikut, yang manakah dilindungi oleh polisi tersebut?
A   Kereta Ben dicuri
B   Kos baik pulih kereta yang dilanggar oleh Ben
C   Kos baik pulih kereta Ben akibat kemalangan
D   Kereta Ben terbakar akibat kebocoran tangki minyak


Penyelesaian:
Jawapan : B
A: Kereta Ben dicuri (Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian)
C: Kos baik pulih kereta Ben akibat kemalangan (Polisi Komprehensif)
D: Kereta Ben terbakar akibat kebocoran tangki minyak (Polisi Komprehensif)