Latih Kendiri 1.2a – Buku Teks Matematik Tingkatan 5 Bab 1 – Ubahan


Soalan 1:


Jadual di sebelah menunjukkan hubungan antara bilangan pekerja dengan bilangan hari yang diperlukan untuk memasang jubin di sebuah rumah. Nyatakan perubahan pada bilangan hari jika bilangan pekerja
(a) didarabkan dengan dua,
(b) berkurang separuh.

Penyelesaian:
(a)

Bilangan hari dibahagikan dengan dua.


(b)

Bilangan hari berganda dua.


Soalan 2:
Cikgu Farid mempunyai sejumlah wang untuk membeli hadiah untuk pemenang kuiz Matematik. Jika harga sebuah hadiah ialah RM10, maka Cikgu Farid boleh membeli 10 buah hadiah. Nyatakan hubungan bilangan hadiah yang boleh dibeli jika harga sebuah hadiah
(a) bertambah dua kali ganda,
(b) berkurang 50%.

Penyelesaian:
Bilangan hadiah yang boleh dibeli adalah berkadar songsang dengan harga sebuah hadiah.

(a) Jika harga sebuah hadiah bertambah dua kali ganda, bilangan hadiah yang boleh dibeli berkurang dua kali ganda.

(b) Jika harga sebuah hadiah berkurang 50%, bilangan hadiah yang boleh dibeli bertambah 50%.

Leave a Comment