Latih Kendiri 4.1d – Buku Teks Matematik Tingkatan 5 Bab 4 – Percukaian


Soalan 1:
Han dan isterinya masing-masing mendapat gaji tahunan sebanyak RM63 400 dan RM52 100 pada tahun 2020. Diberi bahawa jumlah pelepasan yang layak dituntut oleh Han dan isterinya ialah RM61 219. Hitung jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Han dan isterinya jika taksiran cukai bersama dibuat.

Penyelesaian:
$$ \begin{aligned} &\text { Iumlah Pendapatan Han dan isterinya }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM63 } 400+\text { RM52 } 100 \\ & =\text { RM } 115500 \end{aligned} \end{aligned} $$


$$ \begin{aligned} & \text { Jumlah pendapatan bercukai } \\ & \text { = jumlah pendapatan – pengecualian cukai – pelepasan cukai } \\ & \text { = RM115 } 500-\text { RM61 } 219 \\ & =\text { RM54 } 281 \end{aligned} $$
Jadual: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2020


$$ \begin{aligned} & \text { Cukai bagi RM50 } 000 \text { pertama }=\text { RM1 } 800 \\ & \begin{aligned} \text { Cukai atas baki berikutnya } & =(\text { RM54 } 281-\text { RM50 000 }) \times 14 \% \\ & =\text { RM599.34 } \end{aligned} \end{aligned} $$

$$ \begin{aligned} &\text { Iumlah cukai pendapatan taksiran bersama bagi Han dan isterinya }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM1 } 800+\text { RM599.34 } \\ & =\text { RM2 } 399.34 \end{aligned} \end{aligned} $$


Soalan 2:
Encik Jamil adalah seorang pengurus di sebuah syarikat. Gaji tahunannya pada tahun 2020 ialah RM146 200. Pada tahun tersebut, dia membayar jumlah zakat sebanyak RM2 500. Diberi bahawa jumlah pelepasan cukainya ialah RM46 250 dan PCB dipotong sebanyak RM1 400 setiap bulan.

(a) Hitung pendapatan bercukai Encik Jamil.

(b) Hitung cukai pendapatan yang perlu dibayar oleh Encik Jamil.

(c) Perlukah Encik Jamil membuat bayaran cukai yang tidak mencukupi kepada LHDN? Jelaskan jawapan anda.


Penyelesaian:
(a)
$$ \begin{aligned} & \text { Iumlah pendapatan bercukai Encik Jamal } \\ & =\text { jumlah pendapatan – pengecualian cukai – pelepasan cukai } \\ & =\text { RM146 } 200-\text { RM46 } 250 \\ & =\text { RM99 } 950 \end{aligned} $$

(b)
Jadual: Kadar Cukai Pendapatan Individu untuk Tahun Taksiran 2020
$$ \text { Jumlah pendapatan bercukai Encik Jamal = RM99 } 950 $$
$$ \begin{aligned} & \text { Cukai bagi RM70 } 000 \text { pertama }=\text { RM4 } 600 \\ & \begin{aligned} \text { Cukai atas baki berikutnya } & =(\text { RM99 } 950-\text { RM70 000 }) \times 21 \% \\ & =\text { RM } 6289.50 \end{aligned} \end{aligned} $$


$$ \text { Rebat yang layak (zakat) = RM2 } 500 $$
$$ \begin{aligned} &\text { Cukai pendapatan yang perlu dibayar }\\ &\begin{aligned} & =\text { RM4 } 600+\text { RM } 6289.50-\text { RM2 } 500 \\ & =\text { RM } 8389.50 \end{aligned} \end{aligned} $$


(c)
Dari (b), cukai pendapatan yang perlu dibayar = RM 8 389.50

$$ \begin{aligned} \text { Iumlah PCB yang dipotong } & =\text { RM1 } 400 \times 12 \text { bulan } \\ & =\text { RM16 } 800 \end{aligned} $$
$$ \text { Cukai pendapatan yang perlu dibayar }<\text { PCB } $$
Maka, Encik Jamil tidak perlu membuat bayaran cukai yang tidak mencukupi kepada LHDN. Jumlah PCB yang dipotong (RM16 800) melebihi cukai pendapatannya (RM8 389.50).

Leave a Comment