Soalan 1:
Huraikan tujuan cukai sebagai alat pelaksanaan polisi kerajaan dengan contoh yang bersesuaian.
Penyelesaian:
Cukai boleh dijadikan sebagai alat pelaksanaan polisi kerajaan supaya polisi tersebut mendapat kesan yang lebih efektif.
Cukai Keuntungan Harta Tanah dikenakan apabila kerajaan hendak mengurangkan aktiviti pelaburan hartanah yang keterlaluan.
Cukai Perkhidmatan Digital dikenakan untuk mewujudkan pentas persaingan yang seimbang kepada syarikat tempatan.
Levi Pelepasan dikenakan terhadap individu yang meninggalkan Malaysia dengan pengangkutan udara bagi menggalakkan Pembangunan pelancongan dalam negara.

Soalan 2:
Nyatakan pihak yang bertanggungjawab untuk mengutip
(a) cukai pendapatan
(b) cukai pintu
(c) cukai jalan
(d) cukai jualan dan perkhidmatan
Penyelesaian:
(a) Lembaga Hasil Dalam Negeri bertanggungiawab untuk mengutip cukai pendapatan.
(b) Pihak berkuasa tempatan iaitu majlis perbandaran atau majlis daerah bertanggungiawab untuk mengutip cukai pintu.
(c) Jabatan Pengangkutan Jalan bertanggungiawab untuk mengutip cukai jalan.
(d) Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertanggungiawab untuk mengutip cukai jualan dan perkhidmatan.

Soalan 3:
____________ ialah cukai yang dikenakan atas pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat di Malaysia.
Penyelesaian:
Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan atas pendapatan yang diperoleh oleh seseorang individu atau sesebuah syarikat di Malaysia.

Soalan 4:
Nyatakan kesan pengelakan cukai pintu.
Penyelesaian:
Pihak berkuasa tempatan boleh menyita harta mudah alih pemilik harta yang tidak membayar cukai pintu.

Soalan 5:
Jelaskan maksud pelepasan cukai bagi cukai pendapatan.
Penyelesaian:
Pelepasan cukai ialah perkara atau perbelanjaan bagi kepentingan persendirian atau ahli-ahli keluarga yang tidak dikenakan cukai pendapatan.

Soalan 6:
Nyatakan dua jenis rebat cukai yang dibenarkan oleh kerajaan.
Penyelesaian:
Rebat cukai sebanyak RM400 akan diberikan kepada pembayar cukai sekiranya pendapatan bercukainya tidak melebihi RM35 000. Jumlah bayaran zakat atau fitrah juga merupakan rebat.