Soalan 1:
Berikan tiga contoh risiko boleh diinsuranskan yang dihadapi oleh seorang peniaga yang memiliki sebuah bangunan kedai.
Penyelesaian:
(i) Risiko kecurian harta benda dalam kedai yang dimasuki pencuri.
(ii) Risiko barang dagangan rosak semasa dalam perjalanan.
(iii) Risiko bangunan kedai terbakar.

Soalan 2:
Mengapakah prinsip indemniti penting dalam kontrak insurans?
Penyelesaian:
Untuk memastikan pemegang polisi berada dalam kedudukan kewangan yang sama seperti sebelum kerugian berlaku. Oleh itu, pemegang polisi tidak boleh mengaut keuntungan daripada pembayaran pampasan kerugian tersebut.

Soalan 3:
Apakah perbezaan antara insurans kemalangan diri, insurans hayat, dan insurans perubatan dan kesihatan?
Penyelesaian:
Insurans kemalangan diri melindungi pemegang polisi sekiranya berlaku kecederaan, kecacatan, hilang upaya atau meninggal dunia berpunca secara langsung daripada kemalangan.
Insurans hayat membayar pampasan sekiranya pemegang polisi meninggal dunia kerana kematian biasa, penyakit atau kemalangan dalam tempoh perlindungan
Insurans perubatan dan kesihatan melindungi belania perubatan, faedah penyakit kritikal dan lain-lain.

Soalan 4:
Sebuah syarikat insurans membayar pampasan atas tuntutan insurans motor seorang pemegang polisi insuransnya. Tuntutan tersebut mengandungi kerosakan kereta pihak ketiga dan kebakaran kereta yang dialami oleh pemegang polisi. Nyatakan polisi insurans motor yang mungkin telah dibeli oleh pemegang polisi tersebut.
Penyelesaian:
Polisi insurans motor yang mungkin telah dibeli oleh pemegang polisi adalah Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian atau polisi komprehensif.

Soalan 5:
Berdasarkan situasi tersebut, adakah Vanitha boleh membuat tuntutan daripada syarikat insurans yang melindungi kereta tersebut? Berikan justifikasi anda.
Penyelesaian:
Tidak boleh kerana Vanitha tidak mempunyai kepentingan boleh insurans ke atas kereta itu disebabkan sahabatnya masih pemilik polisi insurans kereta tersebut.
Vanitha telah membeli sebuah kereta daripada sahabatnya tanpa membeli insurans motor baharu untuk kereta tersebut kerana insurans motor sedia ada belum tamat lagi. Dia juga tidak menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menukar hak milik kereta tersebut kepada namanya. Pada suatu hari, dia telah mengalami kemalangan dan keretanya telah rosak di bahagian hadapan. |