4.1 Matriks


4.1 Matriks
1.   Matriks ialah nombor-nombor yang disusun dalam baris dan lajur untuk membentuk satu tatasusunan segi empat tepat.
2.   Matriks pada umumnya ditulis dalam tanda kurungan.
Misalnya, ( 2 0 3 1 )  ialah suatu matriks.
 
(A)   Menentukan billangan baris, bilangan lajur dan peringkat, sesuatu matriks
1.   Matriks yang mempunyai baris dan n lajurs dikenali sebagai matriks peringkat m × n.

2.   Matriks baris ialah suatu matriks yang mempunyai hanya satu baris sahaja.
Misalnya:
( 4 ),          ( 2     6 ),      ( 3      8     5 )  1 ×1        1 ×2             1 ×3                                               Hanya satu baris     


3.   Matriks lajur ialah suatu matriks yang mempunyai hanya satu lajur sahaja.
Misalnya:
( 3 ),           ( 2 6 ),         ( 5 7 9 )   1× 1        2× 1             3× 1                                                Hanya satu lajur     

4.  Matriks segi empat sama ialah suatu matriks yang mempunyai bilangan baris dan bilangan lajur yang sama.
Misalnya:
( 3 ),         ( 7 0 2 5 ),       ( 1 3     9 0 6 4     1 3     5 )   1×1             2×2                 3×3                                          Bilangan baris = Bilangan lajur

Leave a Comment